- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Faktor yang Mendorong Timbunan Maklumat dan Pengetahuan

Must read

Ilmu pengetahuan dilihat sebagai sesuatu yang positif dan bernilai dalam kebanyakan aspek kehidupan, termasuk di tempat kerja.

Dalam sesebuah organisasi, ada beberapa maklumat ataupun pengetahuan yang boleh dikongsi dan tidak boleh dikongsi.

Walau bagaimanapun, maklumat yang penting untuk pertumbuhan organisasi dan yang memberi manfaat kepada semua kakitangan ada ketikanya harus dikongsi dan perlu diurus dengan baik.

Penimbunan pengetahuan demi kepentingan sendiri atau menyembunyikannya untuk tempoh masa tertentu sememangnya berlaku dalam mana-mana organisasi, terutama maklumat dan pengetahuan yang dianggap berharga.

Kecenderungan pekerja melakukan apa yang dipanggil dalam istilah Inggeris sebagai ‘knowledge hoarding’ disebabkan oleh faktor budaya tempat kerja apabila pengetahuan dianggap satu ‘kekuatan’ sehingga ada pekerja sanggup menyembunyikan pengetahuan mereka dari orang lain untuk keuntungan peribadi dan menjadikan diri mereka sangat diperlukan dalam persekitaran kerja.

Berdasarkan tinjauan literatur, penimbunan pengetahuan dan penyembunyian pengetahuan adalah amalan yang jelas bertentangan dengan perkongsian pengetahuan.

Amalan penimbunan maklumat boleh wujud apabila persaingan hebat di antara pekerja berlaku dalam organisasi yang berasaskan keuntungan

Penyembunyian pengetahuan dilakukan dengan sengaja ataupun diarahkan oleh orang lain. Manakala penimbunan pengetahuan pula didefinisikan sebagai pengumpulan pengetahuan yang mungkin atau tidak mungkin akan dikongsi di kemudian hari (Bilginoğlu, E. 2019).

Amalan sedemikan sudah pastinya memberi kesan kepada organisasi.

Salah satu akibatnya adalah, ramai orang yang sepatutnya mendapat manfaat daripada pengetahuan yang ditimbun tidak akan memiliki cara mudah untuk mengakses ataupun tidak menyedari akan kewujudan pengetahuan tersebut.

Sekiranya pekerja yang menimbun maklumat meletakkan jawatan, pengetahuan yang dibawa bersama dianggap hilang kerana tidak dibuat salinan (back-up).

Maklumat yang ditimbun kadang kala bukanlah maklumat itu sendiri, malah juga bagaimana ia dapat diakses, ditapis atau disusun.

Ketiadaan platform yang tepat untuk perkongsian pengetahuan yang berkesan juga boleh menyumbang kepada penimbunan pengetahuan.

Jika tidak ada inisiatif untuk mengurus pengetahuan dengan teratur, penimbunan sering juga berlaku dalam organisasi yang berfungsi secara silo, terutama apabila wujud persaingan di antara pelbagai seksyen perniagaan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article