- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Faktor Kesihatan Penyumbang Kesejahteraan Di Tempat Kerja

Must read

Merujuk pada Badan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan adalah satu tahap di mana seseorang individu mempunyai keadaan yang sempurna dari segi mental, fizikal dan sosial yang bukan sekadar bebas dari penyakit atau ketidakupayaan.

Pada dasarnya, kesihatan mental amat memerlukan keseimbangan di antara aspek fizikal, psikologi, kerohanian dan sosial kerana ia boleh mempengaruhi kebolehan seseorang bertindakbalas dengan cara yang sesuai dan sewajarnya.

Justeru, kesihatan mental tidak boleh dipisahkan daripada kesejahteraan fizikal kerana ia merupakan aspek yang sangat penting dan saling bergantungan antara satu sama lain dan sebarang penyakit atau gangguan fizikal boleh memberi kesan emosi terhadap pekerja.

Menurut Doktor Lim Jac Fang menerusi sebuah artikelnya dalam The Malaysian Medical Gazette, kesejahteraan di tempat kerja merujuk kepada tempat kerja yang sentiasa mencipta dan memperbaiki persekitaran sosial dan fizikal.

Setiap pekerja meluangkan lebih kurang 50% masa aktif mereka di tempat kerja setiap hari

Tujuannya ialah untuk membolehkan pekerja saling menyokong diantara satu sama lain dalam menjalankan tugas-tugas mereka dan mengolah keupayaan ke peringkat maksima.

Oleh yang demikian, mana-mana tempat kerja akan dapat mewujudkan kesejahteraan tanpa mengira tahap kesihatan terkini kerana yang diperlukan adalah komitmen untuk mempertingkatkan kesihatan di tempat kerja.

Disebabkan itu, banyak syarikat telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program kesihatan kerana mendapati pekerja yang sihat akan dapat melaksanakan kerja dengan lebih baik, kurang mengambil cuti sakit dan memilih untuk kekal berkhidmat dengan syarikat tersebut dengan lebih lama.

Sesetengah ahli perniagaan turut mengakui bahawa tempat kerja yang sihat adalah bagus untuk perniagaan kerana ianya bermanfaat bagi individu-individu yang bekerja di sana dan disebabkan itu, adalah penting untuk memberi pekerja peluang untuk memperbaiki kesihatan diri.

Hal-hal seperti tekanan, gangguan, keganasan di tempat kerja, merokok, alkohol dan penyalahgunaan dadah, pilihan pemakanan yang kurang baik, dan rekaan ergonomik yang tidak bagus harus dijauhi di tempat kerja kerana ia menyumbang kepada penyakit dan masalah di kalangan tenaga kerja.

Persekitaran tempat kerja memberi impak secara langsung kepada kesihatan pekerja. Oleh itu, tempat kerja yang sihat adalah komprehensif dan terdiri daripada tiga faktor utama kesihatan iaitu persekitaran, sumber peribadi dan amalan kesihatan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article