- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Meningkatkan Keuntungan Melalui Kepuasan Pelanggan

Must read

Kawalan kos yang baik, produktiviti dan strategi pemasaran merupakan antara faktor-faktor yang menyumbang kepada keuntungan dan memberi impak kepada sesebuah organisasi, khususnya organisasi yang berasaskan keuntungan.

Walau bagaimanapun, satu lagi faktor yang agak kurang diberi perhatian adalah mengekalkan atau meningkatkan tahap Kepuasan Pelanggan.

Kepuasan pelanggan amat penting dan untuk mencapai tahap kepuasan pelanggan, penetapan standard perlu dilakukan.

Kepentingan meletakkan kepuasan pelanggan bukan hanya untuk ‘menjaga hati’ mereka, malah juga untuk menjaga ‘poket’ syarikat.

Memberi tumpuan terhadap kepuasan pelanggan juga mampu meningkatkan keuntungan.

Kepuasan pelanggan merujuk pada kualiti pengalaman yang dialami oleh pelanggan itu sendiri, yang berkait rapat dengan keperluan dan ekspektasi pelanggan.

Biasanya, kepuasan pelanggan boleh dilihat apabila mereka melalui pengalaman yang baik atau yang berkualiti, seterusnya berasa gembira kerana keperluan dan jangkaan mereka dapat dipenuhi.

Hari ini, kepuasan pelanggan amat dititik beratkan kerana persaingan semakin sengit dan risiko kehilangan pelanggan boleh berlaku.

Oleh itu, organisasi perlu bijak menjaga hati pelanggan dan perlu menanam minda bahawa pelanggan ialah salah satu faktor yang boleh mengaut keuntungan jangka masa panjang.

Jaga Dan Kekalkan Pelanggan Setia Anda. Pelanggan yang berpuas hati akan menghasilkan keuntungan tambahan kerana mereka adalah pembeli tegar dan cenderung untuk menjadi pelanggan yang setia. Pelanggan setia terus kembali, malah berpotensi untuk membeli produk baharu. Jadi, syarikat tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak sebagaimana kos untuk menarik pelanggan baharu.

Melihat Semula Proses dalam Mengurangkan Kecacatan dan Kelemahan Produk Serta Pemulangan Produk. Pemulangan produk adalah tanda pelanggan tidak berpuas hati. Bukan itu saja, pelanggan pasti inginkan wang mereka dikembalikan dan hal ini amat mendukacitakan kedua-dua pihak. Oleh yang demikian, proses mengurangkan kecacatan dan kelemahansupaya tidak berulang perlu dilihat semula. Ini penting dalam meningkatkan dan mengembalikan keyakinan pelanggan, seterusnya dapat menikmati keuntungan yang sepatutnya.

Memberikan Nilai. Sesebuah organisasi berasaskan keuntungan boleh meningkatkan kepuasan pelanggan dengan memberikan sesuatu yang bernilai kepada pelanggan. Nilai di sini merujuk pada produk atau perkhidmatan yang mampu menyelesaikan permasalahan pelanggan dan sesuatu yang mereka sanggup bayar. Jika pelanggan dapat menikmati nilai tersebut, mereka pasti akan kembali semula untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan tersebut.

Buah Mulut Orang Ramai Dan Lahirnya Pelanggan Baru. Pelanggan yang berpuas hati cenderung untuk berkongsi rasa gembira mereka kepada umum, seolah-olah mereka melakukan pemasaran percuma untuk sesebuah syarikat. Melalui pengalaman mereka sahaja akan mampu membuatkan lebih ramai pelanggan baharu yang muncul untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan. Jualan meningkat dan keuntungan juga bertambah.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article