- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Empat Elemen Penting Dalam Pengurusan Awam

Must read

Terdapat empat elemen penting yang perlu diketahui dalam Pengurusan Awam iaitu Kawalan Perlembagaan, Kawalan Legislatif, Kawalan Eksekutif dan Kawalan Judisiari.

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara dan ia menjelaskan tentang kewujudan perkhidmatan awam sebagai badan yang akan melaksanakan segala keputusan kerajaan.

Melalui perlembagaan, pelantikan jawatan pegawai-pegawai awam termasuk segala atur cara dan bidang kuasa fungsi pengurusan awam dilaksanakan manakala kakitangan awam pula dilantik melalui sebuah badan yang dinamakan Suruhanjaya.

Kawalan Legistlatif adalah sebuah badan pembuat undang-undang di Peringkat Persekutuan dan Peringkat Negeri.

Pentadbiran awam dilihat sebagai kunci sistem yang lebih besar dalam sesuatu pengurusan

Badan pembuat keputusan di peringkat Persekutuan ialah Parlimen manakala Badan pembuat undang-undang di peringkat negeri ialah Dewan Undangan Negeri (DUN).

Parlimen bertanggungjawab membuat undang-undang yang disebut sebagai ‘akta’ dan digunapakai di seluruh peringkat Persekutuan.

Manakala DUN membuat undang-undang yang disebut sebagai ‘enakmen’ dan digunapakai dalam negeri-negeri di mana undang-undang itu dibuat sahaja.

Kawalan Eksekutif merupakan sebuah Badan yang melaksanakan segala undang-undang dan keputusan yang dibuat oleh badan perundangan namun, pelaksanaan undang-undang tersebut dibuat melalui badan yang dinamakan sebagai birokrasi.

Dalam hal ini, eksekutif akan menggariskan segala proses dan tatacara pelaksanaan kepada birokrasi melalui beberapa cara seperti arahan, pekeliling dan polisi kerajaan.

Segala pelanggaran terhadap peraturan-peraturan ini boleh menyebabkan pegawai-pegawai perkhidmatan awam disabitkan dengan kesalahan tatatertib dan salah laku dalam pentadbiran.

Kawalan Judisiari merupakan Badan kehakiman dalam negara yang berfungsi untuk menterjemahkan segala undang-undang yang dibuat oleh legislatif seterusnya memutuskan sama ada undang-undang tersebut dipatuhi oleh badan yang melaksanakannya (eksekutif).

Kawalan kehakiman ini wujud dalam bentuk terjemahan undang-undang serta keputusan yang dibuat oleh badan berkenaan dalam perkara-perkara tertentu.

Berdasarkan kepada huraian di atas, amat jelas bahawa pengurusan awam yang dijalankan oleh perkhidmatan awam pada dasarnya menjalankan fungsi-fungsi pentadbiwan awam negara.

Pentadbiran awam pula adalah sebuah organisasi, dalam konteks yang lebih luas dan saiz yang lebih besar dari organisasi swasta malah mempunyai struktur organisasi dan hierarki individu yang menjalankan tugas-tugas tertentu.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article