- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sejauh Mana Pemerkasaan Ekonomi Digital Di Luar Bandar

Must read

Tidak dinafikan, kawasan luar bandar masih perlu menjadi fokus kepada usaha pembangunan ekonomi digital pada tahun 2021 lantaran tahap pendedahan terhadap penggiat industri kecil dan sederhana (IKS) yang masih lemah.

Pakar Ekonomi Dr Magdeline Berma pernah mengulas tentang penggunaan telefon pintar sahaja sebenarnya tidak memadai untuk meletakkan para IKS luar bandar di tahap yang membanggakan dalam memperkasakan ekonomi digital.

Masyarakat luar bandar perlu didedahkan dengan penggunaan ICT kerana ekonomi digital melalui telefon pintar belum memadai

Jelas beliau, kebanyakan penduduk di luar bandar adalah terdiri daripada golongan warga emas, suri rumah, remaja atau golongan yang tidak begitu mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerana majoriti golongan yang tahu tentang ICT atau yang berkelulusan tinggi sudah berhijrah ke bandar.

Oleh itu, kebanyakan mereka yang tinggal di luar bandar hanya menggunakan telefon pintar untuk memasarkan produk semata-mata tanpa mengambil berat kaedah atau teknik yang betul.

Oleh sebab itu, ia bukanlah disebut sebagai usaha ke arah ekonomi digital yang sepenuhnya.

Hal ini dikatakan demikian kerana ekonomi digital yang sepenuhnya perlu melibatkan transaksi kewangan, mengambil pesanan, membuat penghantaran, membuat laporan sumber manusia, mencipta ‘blog chat’, web dan sebagainya yang memerlukan penggunaan kemudahan ICT.

Demikianlah isu atau cabaran sebenar yang dihadapi oleh usahawan di luar bandar apabila mereka kurang dididik dan didedahkan secara menyeluruh tentang konsep ekonomi digital yang sebenarnya.

Selain itu, terdapat pelbagai cabaran pelaksanaan ekonomi digital antaranya isu infrastruktur dan kepercayaan terhadap ekonomi digital lantaran penggiat IKS di luar bandar lebih memilih pendekatan perniagaan konvensional.

Masih ramai di kalangan usahawan IKS di luar bandar yang tidak percaya bahawa ekonomi digital boleh membawa banyak faedah kepada mereka.

Usahawan luar bandar yang memanfaatkan ekonomi digital kebanyakannya ialah mereka yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan sangat percaya tentang keupayaan digital ekonomi yang mampu mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik.

Ramai di kalangan masyarakat di luar bandar lebih suka menggunakan teknik yang lama (konvensional) dan tidak cenderung untuk menggunakan platform digital.

Oleh itu, mentaliti untuk mengekalkan kaedah konvensional dalam perniagaan ini harus diubah.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article