- Advertisement -spot_img
4,771
published news
and counting

Peradaban tinggi, asas penting dalam membangunkan Negara Bangsa

Must read

Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama bagi sesebuah negara dan boleh dianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi negara, pentadbiran serta rakyatnya.

Bagi membentuk negara bangsa, sesebuah negara perlu melalui empat peringkat terlebih dahulu, iaitu bina negara; bina bangsa; penyertaan rakyat; dan pengagihan nilai-nilai murni dalam masyarakat (Hargue dan Harrop).

Semangat kebangsaan, kesatuan, kebersamaan dan kesefahaman merupakan asas penting dalam pembinaan negara bangsa.

Selain itu, adab juga merupakan salah satu perkara asas yang perlu bermula daripada seseorang individu bergelar warganegara dalam mendokong pembinaan negara bangsa.

Memiliki adab yang baik atau ‘beradab’ menjadikan seseorang individu tahu dalam mengawal tingkah laku, sikap dan pertuturan apabila hidup dalam bermasyarakat.

Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang majmuk dengan kepelbagaian kaum dan agama, amat penting untuk seorang warganegara beradab pada satu sama lain, beradab pada pemimpin dan paling penting beradab dengan sejarah pembentukan negara ini.

Adab perlu dipupuk sejak awal usia

Apabila seseorang warganegara tidak beradab pada sejarah pembentukan negaranya sendiri, akibatnya, lahirlah sekelompok individu yang kurang adab, yakni biadab terhadap negara.

Mereka biadab pada Perlembagaan Negara, biadab pada hak keistimewaan kaum lain, biadab pada kepercayaan dan anutan agama yang berbeza dan pelbagai lagi bentuk kebiadaban yang diperlihatkan tanpa rasa malu mahupun sesal.

Sikap-sikap negatif inilah yang merencatkan matlamat merealisasikan negara bangsa.

Integrasi nasional bagi membina negara bangsa dalam masyarakat yang berbilang kaum seperti di Malaysia sentiasa menjadi cabaran besar.

Namun, matlamat membina negara bangsa tidak mustahil untuk direalisasikan jika segenap pelusuk rakyat di negara ini mempunyai kesedaran dengan menghayati sejarah, menyedari kedudukan diri dan paling penting, meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan.

Apabila semua rakyat beradab pada sejarah negara, tanpa disedari, kita semakin mendekati negara bangsa yang diinginkan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article