- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pemberian Geran Negeri memanfaatkan 212 PSK pada tahun 2020

Must read

Pemberian Geran Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) telah memanfaatkan sebanyak 212 PSK dari seluruh Sarawak pada tahun lepas (2020), dengan peruntukkan dinaikkan RM3 juta berbanding tahun sebelum ini RM1.5 juta.

Perkara ini dimaklumkan Menteri kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah ketika menyampaikan Geran PSK kepada 11 pemilik kedai daripada 18 pemilik kedai yang terdiri daripada Pertubuhan Orang-orang Cacat Penglihatan Cawangan Sarawak (Society For The Blind in Malaysia) SBM pada 22 Januari yang lepas.

Secara keseluruhan penerima SBM Prihatin ialah 138 orang penerima yang terdiri daripada 18 pemilik kedai dan 120 individu.

Mengenai Pemberian Geran PSK, jelas beliau adalah satu instrument berbentuk kewangan yang bertujuan untuk menampung sebahagian kos dan aktiviti yang dijalankan PSK bagi kumpulan sasar Jabatan yang berkeperluan dan kurang dayaupaya serta pada masa yang sama bagi memantapkan lagi aktiviti PSK berkaitan kebajikan.

YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah menyampaikan Geran Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan kepada salah seorang penerima dari Pertubuhan Orang-orang Cacat Penglihatan Cawangan Sarawak

YB Dato Sri Hajah Fatimah turut memaklumkan peruntukan PSK tahun ini kekal RM3 juta dan pada masa yang sama turut mengalu-alukan permohonan geran PSK tahun ini (2021) dengan setiap permohonan daripada PSK akan dipertimbangkan untuk kelulusan jawatankuasa.

Antara kriteria yang layak dipertimbangkan adalah seperti Pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1996; atau mana-mana undang-undang/ ordinan/ peraturan/ kaedah berkaitan dan relevan dan Pertubuhan atau Jawatankuasa yang ditubuhkan berdasarkan peruntukan akta/ dasar/ peraturan/ kaedah/ garis panduan dan surat pekeliling Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Di samping itu, pertubuhan berkhidmat untuk kumpulan sasar Jabatan, bercorak kebajikan (welfare-related) dan tidak bersifat keuntungan (Non-Profit), Pertubuhan bertaraf tempatan dan beroperasi di Sarawak dan Program dan aktiviti PSK hendaklah selaras dengan dasar dan objektif Jabatan.

Permohonan Geran negeri, jelas beliau akan dinilai, dipertimbang dan diluluskan berdasarkan program dan aktiviti kebajikan yang dicadang untuk dilaksanakan PSK dengan menilai bentuk dan jenis program & aktiviti yang dirancang oleh PSK, Perancangan dan pelaksanaan aktiviti Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK), Impak atau kesan program & aktiviti, Suaimanfaat kepada kumpulan sasar Jabatan dan Kedudukan dan prestasi Pengurusan Kewangan semasa sesebuah PSK termasuk baiki geran yang disalurkan sebelumnya.

Borang permohonan PSK boleh dimuat turun di laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun secara manual di Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian dan borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian yang berhampiran.

Berkaitan dengan geran PSK kepada SBM, YB Dato Sri Hajah Fatimah berkata setakat tahun 2014 sejumlah RM20,000 telah diberikan, tahun 2015 (RM16,000), tahun 2016 (RM25,000) dan tahun 2020 (RM20,000). Selain itu, bantuan turut diberikan kepada SBM semasa COVID-19 dengan sumbangan makanan kepada SBM kepada 10 keluarga (9 November 2020), 14 keluarga (12 November 2020) dan penyampaian bakul makanan kepada Persatuan Orang Buta Sarawak (1 Disember 2020) yang disampaikan oleh  Raja Noor dan Datin Shentel Lee

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article