- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Memastikan Pengurusan Darurat Di Seluruh Negara Berjalan Lancar

Must read

Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang pertama dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pertengahan Januari 2021 yang lalu telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Teknikal bagi memastikan pengurusan darurat di seluruh negara berjalan lancar.

Tan Sri Mohd Zuki bin Ali Ketua Setiausaha Negara

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan bersama oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan

Jawatankuasa ini juga dianggotai lapan ahli tetap iaitu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; Ketua Setiausaha Perbendaharaan; Peguam Negara; Panglima Angkatan Tentera; Ketua Polis Negara; Ketua Pengarah Kesihatan; Ketua Pengarah Keselamatan Negara dan Ketua Kluster.

Jawatankuasa teknikal ini antara lain bertanggungjawab memantau isu-isu berkaitan pelaksanaan dan pengurusan darurat; meneliti dan mengkaji isu-isu berbangkit berkaitan darurat dan mengesyorkan cadangan penyelesaian; menyelaras pengurusan darurat bersama pihak yang berkaitan di peringkat Persekutuan dan Negeri; dan mengetuai pemantauan dan nazir penguatkuasaan undang-undang berkaitan darurat di semua peringkat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan media beliau pada 26 Januari 2021 yang lalu telah memperincikan fokus, peranan dan bidang tugas jawatankuasa ini.

Menurut beliau antara fokus utama yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan telah dipersetujui oleh Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara adalah merangkumi :

  1. Mobilisasi sumber Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri:
    1. Penjajaran sementara kakitangan awam ke tempat yang memerlukan perkhidmatan tambahan terutama bagi perkhidmatan sokongan kesihatan dan keselamatan;
    1. Penggunaan aset Kerajaan yang kurang optimum seperti kenderaan Jabatan boleh dikongsi untuk menyokong kelancaran operasi perkhidmatan kritikal agar lebih bersepadu dan terselaras;
    1. Bangunan dan kemudahan Kerajaan yang bersesuaian akan dikenal pasti di seluruh Negara bagi tujuan pusat pengambilan ujian swap; dan
    1. Jabatan Perkhidmatan Awam akan bertanggungjawab menyelaras perkara ini bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian/Jabatan/Agensi lain yang terlibat.
  2. Integrasi keupayaan Perkhidmatan Hospital Sektor Awam dan Swasta dalam tempoh darurat bagi:
    1. Memastikan koordinasi yang sistematik agar jaminan akses kesihatan yang menyeluruh dan bersepadu dapat dilaksanakan bagi pesakit COVID-19 serta bukan COVID-19;
    1. Mengoptimumkan sumber kesihatan dan kepakaran yang ada untuk tujuan perawatan pesakit sewaktu pandemik COVID-19;
    1. Pengoperasian hospital awam termasuk Hospital Universiti, Hospital Angkatan Tentera dan Hospital Swasta akan diletakkan secara hibrid berdasarkan konsep Hospital Kluster di bawah Pusat Kawalan COVID-19 Bersepadu;
    1. Mengoptimumkan kapasiti makmal sedia ada terutamanya di Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Universiti Awam bagi tujuan pengujian serta pengesanan COVID -19 secara berskala besar;
    1. Mobilisasi lain-lain sumber perubatan seperti peralatan, PPE, ubat-ubatan adalah mengikut keperluan hospital terutamanya bagi perkhidmatan kesihatan umum termasuklah memobilisasi anggota perubatan seperti jururawat dari hospital swasta khususnya yang mempunyai kepakaran tertentu untuk bertugas sementara di hospital awam;
    1. Mekanisme pembiayaan pesakit COVID-19 oleh pihak insurans di hospital swasta sedang diperhalusi oleh Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, Bank Negara Malaysia dan industri insurans. Buat masa ini, peranan sektor swasta diperkasakan bagi merawat pesakit COVID-19 yang mampu membiaya sendiri kos perubatan dan rawatan; dan
    1. Kementerian Kesihatan akan terus melaksanakan libat urus dengan pihak hospital swasta dan pihak berkepentingan lain dalam memastikan kelancaran pengurusan COVID-19 serta perkhidmatan kesihatan umum tidak terjejas.
  • Penggunaan Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), Kem Bina Negara dan kemudahan lain yang bersesuaian untuk dijadikan sebagai kemudahan tahanan sementara serta Depot Tahanan Sementara bagi kegunaan Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara sewaan bagi:
    • Menjamin penjarakan fizikal banduan dan tahanan di penjara, depot tahanan serta lokap seterusnya mengelakkan penularan COVID-19;
    • Banduan dan tahanan yang akan ditempatkan di kem-kem ini adalah banduan dan tahanan dengan kesalahan ringan sahaja;
    • Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bekerjasama dengan agensi-agensi keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk ditempatkan sementara bagi menjamin keselamatan yang ketat; dan
    • Senarai Kem PLKN dan Kem Bina Negara yang akan dijadikan kemudahan tahanan sementara dan Depot Tahanan Sementara untuk kegunaan Jabatan Penjara Malaysia serta Jabatan Imigresen Malaysia adalah seperti berikut;
  • Kem PLKN Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • Kem PLKN Kota Lama, Kuala Kangsar, Perak
  • Kem PLKN A Famosa, Melaka
  • Kem PLKN Kuala Kubu Bharu, Selangor
  • Kem PLKN Cancun, Pasir Mas, Kelantan
  • Kem PLKN Kulim, Kedah
  • Kem PLKN Chini, Pahang
  • Kem PLKN Bagai Budi Resort, Sandakan, Sabah
  • Kem PLKN Wawasan Ovui, Papar, Sabah
  • Kem PLKN Paya Indah, Kuala Langat, Selangor
  • Kem PLKN Padang Kacong, Marang, Terengganu
  • Kem PLKN Sri Ledang, Johor
  • Kem PLKN Eco Millenium, Beranang, Selangor
  • Kem PLKN Sri Impian, Sg Bakap, Pulau Pinang
  • Kem PLKN Nilai Ehsan, Bidor, Perak
  • Kem Wawasan Negara, Langkawi, Kedah.
    • PDRM pada masa ini sedang berunding dengan pemilik-pemilik kemudahan yang bersesuaian untuk dijadikan lokap sementara; dan
    • Mengoptimumkan penggunaan kemudahan sedia ada yang bersesuaian serta mengelakkan dari implikasi kewangan yang lebih besar bagi pembinaan kemudahan baharu.
  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan bertindak untuk mengumpul sebarang pandangan atau maklum balas rakyat bagi memberi gambaran sebenar kepada Kerajaan mengenai situasi darurat semasa. KKMM juga akan bertindak secara strategik dengan mewujudkan saluran khas untuk memastikan segala maklumat berkaitan dengan pelaksanaan pengurusan darurat disampaikan kepada rakyat secara menyeluruh dan tepat.

Jawatankuasa Teknikal akan terus meneliti dan memantau perkara- perkara yang berbangkit daripada Proklamasi Darurat agar dapat memberi pengesyoran yang terbaik kepada Sidang Khas Darurat MKN untuk dipertimbangkan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article