- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

208 Isi Rumah di Lubok Antu Akan Menikmati Bekalan Elektrik 24 Jam Tahun Ini

Must read

Kerajaan Sarawak, melalui Kementerian Utiliti Sarawak dan agensi pelaksananya Sarawak Energy mempercepat penyampaian projek belakan elektrik luar bandar untuk memastikan penyediaan bekalan elektrik yang boleh dipercayai dan berpatutan untuk seluruh Sarawak menjelang 2025.

Sarawak Energy dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sejak tahun 2009, kira-kira 150,000 isi rumah di luar bandar di Sarawak diterangi di bawah pelbagai strategi bekalan elektrik luar bandar, termasuk perluasan sistem grid untuk kawasan luar bandar dengan akses jalan raya di bawah Skim Pengelektrikan Luar Bandar atau RES.

RES meluaskan talian grid ke kampung-kampung luar bandar Sarawak dengan membina tiang talian pengedaran elektrik dan saluran bekalan baharu

Usaha juga dilakukan dengan mewujudkan grid mikro tempatan di bawah sistem hibrid untuk komuniti yang besar yang jauh dari grid utama  selain membangunkan sistem kuasa mikro-hidro atau solar mandiri yang lebih kecil untuk kawasan terpencil melalui inisiatif SARES atau Skim Alternatif Pengelektrikan Luar Bandar Sarawak.

Walaupun terdapat banyak cabaran dalam pelaksanaannya seperti logistik kerana jarak jauh, isu jalan, penerimaan daripada penduduk kampung dan wabak COVID-19, kerajaan melalui Kementerian Utiliti Sarawak bekerjasama dengan Sarawak Energy , tetap komited untuk memastikan bahawa kawasan luar bandar Sarawak akan mendapat akses kepada elektrik yang boleh dipercayai dan berpatutan 24 jam.

Kerajaan mempunyai strategi yang berkesan dan mekanisme penyampaian yang cekap bagi memperluas grid elektrik Sarawak yang ada ke pedalaman dan bagi komuniti terpencil di Sarawak, kerajaan mempunyai penyelesaian luar grid yang berdiri sendiri.

Melalui RES, kerajaan memperluas saluran grid ke pedalaman dengan membina tiang talian pengedaran elektrik dan saluran bekalan. Skim Bekalan Tenaga Luar Bandar atau RPSS akan menyokong RES dengan memperkenalkan transmisi baharu, saluran pengedaran dan pencawang baharu di lokasi luar bandar yang strategik untuk membolehkan RES diperluas ke kawasan yang lebih terpencil.

Di bawah RPSS, kebolehpercayaan bekalan tenaga akan diperkuat dengan pencawang yang dapat dengan cepat mengasingkan peralatan yang rosak untuk memulihkan bekalan dengan cepat.

Pelaksanaan serentak strategi elektrifikasi luar bandar ini mempercepat rancangan elektrifikasi Kerajaan Sarawak dan ini terbukti apabila liputan elektrik luar bandar Sarawak meningkat dari hanya 56% pada tahun 2009 menjadi 95% pada tahun 2020.

Pada tahun 2020, dengan pengelektrikan 6,600 isi rumah, liputan elektrik luar bandar Sarawak telah mencapai 95% dan dijangka mencapai 97% dalam beberapa bulan mendatang.

Untuk bahagian Sri Aman secara keseluruhan, liputan elektrik di luar bandar kini mencapai status 94.7%, dengan hanya ira-kira 780 isi rumah di luar bandar yang belum mendapat bekalan elektrik sepenuhnya.

Menjelang akhir 2021, 16 kampung di daerah Lubok Antu akan dihubungkan dengan sistem grid elektrik. Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 1,040 penduduk dari 208 isi rumah di Lemanak dan Engkari.

Di bawah Fasa 1 RES untuk daerah itu, sejumlah 114 isi rumah dari sembilan (9) kampung di Lemanak dijangka menerima sambungan grid pada Mei 2021, dengan 12 isi rumah dari dua (2) buah kampung telah dijana elektrik pada bulan Disember 2020.

RES Fasa 2 akan menyinari 359 isi rumah dari 18 kampung di Engkari dan baki isi rumah di Lemanak menjelang 2021/2022.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article