- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

JBALB Komited Beri Didikan dan Kesedaran Kepada Masyarakat

Must read

Salah satu aspek penting yang selalu menjadi keutamaan pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak ialah untuk memastikan hubungan jabatan dengan masyarakat sentiasa berada di tahap yang lebih baik.

Menyedari hakikat bahawa kawasan-kawasan yang dikendalikan oleh JBALB kebanyakannya terletak di kawasan luar bandar, JBALB telah mengambil inisiatif melaksanakan Program Kesedaran dan Pendidikan Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS).

Program Pendidikan dan Kesedaran SAWAS di Rh Banta, Bintulu

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Residen di setiap Bahagian yang terlibat adalah untuk memastikan segala perancangan serta perkembangan projek-projek bekalan air dapat disampaikan secara berkesan selain memberi penerangan kepada penduduk setempat mengenai sistem SAWAS.

Menurut Penolong Pengarah Seksyen Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan JBALB Sarawak, Encik Awang Fardillah Awang Hussin yang ditemuramah RAKAN Sarawak baru-baru ini, SAWAS merupakan inisiatif Kementerian Utiliti Sarawak bertujuan untuk membekalkan air bersih dan terawat ke kawasan luar bandar dan pedalaman yang belum disambung dengan sistem saluran air.

Encik Awang Fardillah Awang Hussin

Justeru, matlamat program pendidikan dan kesedaran ini sudah tentu untuk menjalin kerjasama yang erat di antara pihak JBALB dan komuniti yang menerima sistem SAWAS.

Program ini turut menjadi platform bagi pihak JBALB dan komuniti setempat termasuk Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung berbincang untuk mengelak daripada timbulnya salah faham di kalangan penduduk berkenaan sistem SAWAS.

Jelas beliau, komuniti setempat mendapat banyak manfaat melalui program ini kerana pihak JBALB turut menyediakan latihan teknikal kepada pengendali (operasi) dari kalangan komuniti yang dilantik untuk mengendalikan sistem SAWAS.

Sesi Randau Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum mengenai Bekalan Air dan Elektrik di Balai Ringin

Sehubungan itu, antara topik yang sering ditekankan dalam program ini ialah tentang konsep SAWAS yang bersifat komuniti di mana pihak yang menerima sistem ini secara langsung bertanggungjawab mengurus serta menyelenggara sistem tersebut.

Pihak JBALB juga akan menjelaskan tentang tanggungjawab serta peranan komuniti dalam memastikan sistem ini sentiasa dalam keadaan baik dan selamat selain kepentingan menjaga air dan mengelakkan pembaziran.

Sesi Dialog bersama komuniti di Beluru Miri

Setakat ini, JBALB telah melaksanakan program kesedaran dan pendidikan di beberapa buah kawasan iaitu di Rh Banta, Bintulu; Kalampun, Lawas; Long Seridan, Miri; Rh Ninting, Lubok Antu; Rh Untat, Kapit; Rh Belantak, Limbang; Nanga Semah, Mukah; dan Kampung Penasu, Mukah. Selain program SAWAS, pihak JBALB melalui Seksyen Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan turut mengadakan program kemasyarakatan, sesi penerangan, taklimat, dialog dan program randau untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada penduduk setempat

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article