- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pendigitalan Pengurusan Bekalan Air

Must read

JBALB Command Centre, Nadi dalam Pendigitalan Pengurusan Bekalan Air Yang Mapan dan Holistik

JBALB Command Centre merupakan salah satu inisiatif pendigitalan utama bagi pengurusan bekalan air yang mapan dan holistik di Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak.

Bermula dari komitmen pihak pengurusan JBALB diketuai oleh Pengarah Bekalan Air Luar Bandar Sarawak, Encik Ir. Chang Kuet Shian untuk memastikan pemantauan aspek-aspek dalam pengurusan bekalan air dapat dipermudahkan dengan mengaplikasi penggunaan teknologi pendigitalan moden seterusnya memastikan sistem penyampaian perkhidmatan berkesan kepada pelanggan.

Lawatan JBALB ke Pusat Khidmat Pelanggan SESCO pada Disember 2017

Walaupun ketika itu (2016), JBALB baru ditubuhkan bagi memastikan inisiatif ini terlaksana beberapa lawatan dan kajian awal lapangan di beberapa agensi utiliti utama di Sarawak telah diadakan seperti SESCO dan Lembaga Air Kuching (Kuching Water Board) pada tahun 2017 dan 2018.

Cawangan Komunikasi Korporat dan Pendigitalan yang kini berperanan penting untuk JBALB Command Centre belum lagi diwujudkan pada waktu tersebut.

Justeru itu, kajian lapangan dan tinjauan melalui lawatan ke agensi-agensi tersebut adalah sangat signifikan untuk mengenal pasti keperluan kemudahan bagi tujuan komunikasi korporat, khidmat pelanggan dan inisiatif pendigitalan.

Lawatan JBALB ke Pusat Khidmat Pelanggan Kuching Water Board pada Januari 2018

Hasil daripada tinjauan tersebut, pihak JBALB berjaya mengenal pasti keperluan bagi mewujudkan satu sistem yang lebih komprehensif, sofistikated dan holistik melibatkan komunikasi korporat, khidmat pelanggan dan inisiatif pendigitalan di JBALB.

Tindakan ini amat relevan dengan mengambil kira JBALB tidak mempunyai sebarang pasukan dan platform khusus bagi tujuan tersebut. Tindakan ini merupakan satu anjakan paradigma kepada suatu transformasi penyampaian perkhidmatan dengan konsep “from zero to hero”.

Bagi merealisasikan impian tersebut, pihak JBALB telah memohon peruntukan dana daripada Kerajaan Negeri di bawah skim Projek Rakyat pada tahun 2018 untuk penubuhan JBALB Command Centre.

 Ini bertujuan untuk menggabungkan semua entiti yang masih baru dan mentah agar JBALB dapat memberikan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan berkualiti kepada pengguna

Menyedari hakikat kepentingan serta impak proses pendigitalan ini kepada JBALB dan rakyat, Kerajaan Sarawak telah memberi kelulusan peruntukan di bawah Projek Rakyat pada pertengahan tahun 2018.

Pihak JBALB telah menjalin kerjasama dengan pihak Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri, Jabatan Ketua Menteri (UPPN) dan Sarawak Multimedia Authority (SMA) bagi pelaksanaan projek pendigitalan tersebut, manakala UNIMAS Holdings Sdn.Bhd. telah dilantik sebagai Jururunding IT yang berperanan membuat kerangka strategik bagi pendigitalan secara menyeluruh bagi pengurusan bekalan air dan penyampaian perkhidmatan di JBALB Sarawak.

Pandangan sisi Command Centre ketika ia baharu disiapkan pada awal tahun 2020

Kewujudan JBALB Command Centre ini juga berupaya untuk menyelesaikan banyak isu dan masalah dalam aspek sistem perkhidmatan pembekalan air seperti pemantauan bekalan air dan kualiti air yang masih manual, pemantauan sistem pengagihan dalam paip air yang tidak sistematik, pemantauan penggunaan bekalan air oleh  pengguna yang tidak konsisten dan  kadar ketidakberhasilan air (NRW) yang tinggi.

Selain sistem penyampaian perkhidmatan yang lemah, kekurangan publisiti tentang inisiatif bekalan air yang dijalankan kerajaan dan kaedah khidmat pelanggan yang masih di takuk lama.

Proses pendigitalan JBALB telah bermula secara rasmi pada penghujung tahun 2018 dan fasa pertama dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2021.

RAKAN Sarawak merakam penghargaan terima kasih di atas kerjasama Cawangan Komunikasi Korporat dan Pendigitalan, JBALB Sarawak yang membantu menyalurkan maklumat dan foto dalam penghasilan artikel di atas.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article