- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Penyampaian Perkhidmatan Melalui Penggunaan Media Sosial

Must read

Penggunaan Media Sosial dan Laman Sesawang Baharu JBALB

Dalam inisiatif pendigitalan, pembangunan imej korporat melalui media digital amat dititikberatkan oleh pihak JBALB.

Semenjak tahun 2018, JBALB telah melancarkan profil media sosial tersendiri di laman Facebook, Twitter dan Instagram di bawah nama “JBALB Sarawak”. Selain jumlah pengikut yang meningkat saban hari, jumlah “engagement” daripada pelayar Facebook juga sangat tinggi di laman Facebook JBALB.

Malah, tidak dinafikan khidmat pelanggan dan penyampaian perkhidmatan JBALB banyak dapat diperbaiki melalui penggunaan media sosial. Ini termasuk pemaparan notis penggendalaan kerja, laporan peristiwa-peristiwa yang melibatkan JBALB, acara-acara anjuran JBALB, program kesedaran, pameran dan banyak lagi.

Infografik yang dikeluarkan oleh JBALB dari semasa ke semasa bagi tujuan publisiti dan promosi

JBALB juga telah menghasilkan banyak media berbentuk infografik dan video program kesedaran dan publisiti projek bagi kegunaan acara-acara kerajaan dan pameran. Tidak dinafikan bahawa kewujudan media digital ini telah meningkatkan imej JBALB di mata masyarakat.

Selain itu, JBALB dengan kerjasama pihak Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri (UPPN) telah membangunkan laman sesawang baharu dengan antaramuka yang lebih segar dan mengujakan. Laman web baharu ini mempunyai UI/UX yang telah ditambah baik dengan reka bentuk yang lebih menarik dan kemas seperti galeri berita, foto, acara dan maklumat yang telah ditambahbaikkan.

Pendigitalan Khidmat Pelanggan

Khidmat pelanggan juga diberi penekanan yang serius dalam inisiatif pendigitalan JBALB. Pada awal penubuhannya, JBALB tidak mempunyai standard piawaian yang khusus dalam mengendalikan khidmat pelanggan secara efisien.

Kemudahan khidmat pelanggan yang mempunyai bilik khas “Call Centre” di JBALB Command Centre

Dalam kerangka pendigitalan JBALB, dengan kerjasama UPPN, kerajaan Sarawak telah membangunkan aplikasi SWUSS (Sarawak Water Utilities Services System) di mana pegawai khidmat pelanggan tidak perlu lagi memantau perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna dengan menggunakan fail fizikal.

Aplikasi tersebut dibangunkan untuk 14 jenis perkhidmatan, termasuk khidmat pemasangan meter baru, pemotongan meter, penyambungan semula dan sebagainya.

Selain itu, pegawai  khidmat pelanggan juga tidak perlu lagi menukar log masuk aplikasi sebaliknya semakan jumlah tunggakan serta pengeluaran bil biru boleh dilakukan dengan lebih mudah dengan menggunakan aplikasi SWUSS.

Bagi memantapkan lagi sistem khidmat pelanggan, Pihak JBALB juga telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi khidmat pelanggan. Ini bukan sahaja menunjukkan penambahbaikan dari segi penggunaan aplikasi, malah juga melambangkan kesungguhan JBALB dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.

Selain itu, perkhidmatan JBALB juga ditambah baik dengan melakukan penyelarasan perkhidmatan utiliti dengan pihak UPPN di bawah inisiatif Service Sarawak.  

Kiosk Service Sarawak di Aiman Mall Kota Samarahan bagi memudahkan pengguna membayar dan menyemak bil air JBALB mereka.

Di bawah inisiatif ini, kaunter-kaunter Service Sarawak telah dibuka di UTC Kuching, UTC Sibu dan UTC Miri bagi menerima permohonan perkhidmatan bekalan air di bawah JBALB termasuk semakan bil dan pembayaran bil. Selain itu, pengguna juga boleh menyemak dan membayar bil melalui kiosk Sarawak Service yang disediakan di Aiman Mall Samarahan, Merdeka Plaza Kuching, Hotel Sri Simanggang dan sebagainya.

Bagi kesinambungan perkhidmatan pelanggan yang efisien dan cekap, JBALB juga akan melancarkan talian “hotline” sendiri menjelang pertengahan tahun 2021. Talian ini adalah sangat penting dalam melengkapkan Sistem Aduan Talikhidmat dan juga mengatasi masalah aduan pengguna yang sering tidak dijawab ketika menghubungi JBALB secara terus.

Dengan pengenalan talian ini, ia diharap dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan JBALB kepada pengguna.

RAKAN Sarawak merakam penghargaan terima kasih di atas kerjasama Cawangan Komunikasi Korporat dan Pendigitalan, JBALB Sarawak yang membantu menyalurkan maklumat dan foto dalam penghasilan artikel di atas.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article