- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Penangguhan Pembukaan Sesi Persekolahan Beberapa Daerah di Sarawak

Must read

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 26 Feb 2021 memaklumkan bahawa diputuskan pembukaan sesi persekolahan di daerah Kuching, Samarahan, Julau, Meradong, Sibu, Kapit, Bintulu, Subis dan Miri DITANGGUH selama dua (2) minggu berkuat kuasa 1 Mac hingga 14 Mac 2021.

JPBNS membuat keputusan itu setelah mendapat pandangan dan nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dan setelah berbincang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira kapasiti sistem kesihatan di kawasan yang terlibat. JPBNS juga telah mewujudkan sebuah jawatankuasa di bawah Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak (MESTR) bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bagi memastikan sesi persekolahan di seluruh negeri Sarawak dapat berjalan dengan lancar dan selamat.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article