- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Wanita Bangkit Mendepani Cabaran

Must read

YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak, yakin golongan wanita di negeri ini berupaya menyumbang dengan lebih baik dalam mencapai aspirasi Kerajaan Negeri untuk menjadi negeri maju menjelang 2030.

Menurut Ketua Menteri lagi, agenda ekonomi digital Sarawak merangkumi seluruh masyarakat tanpa mengira jantina.

“Siapa sahaja yang dapat menguasai teknologi terkini maka mereka akan maju. Ini dapat dilihat di Silicon Valley di mana banyak syarikat teknologi besar dipimpin oleh wanita, “ jelas beliau.

“Apabila kita mengubah ekonomi kita berdasarkan ekonomi digital, ia memberi peluang yang sama kepada semua terutama bagi mereka yang terlibat dalam pendekatan ekonomi baharu, ” katanya pada sambutan Hari Wanita Sedunia 2021, peringkat Negeri yang bertemakan Wanita Bangkit Mendepani Cabaran di Wisma Bapa Malaysia,  Kuching pada 17 Mac 2021.

Terdahulu YB  Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak dalam ucapannya memaklumkan bahawa Saban tahun kerajaan telah menunjukkan keprihatinan terhadap kaum hawa. Ini terbukti dengan pelbagai jenis bantuan dan geran khas yang diperkenal untuk wanita dan keluarga.

Dalam sama yang sama, Kerajaan Negeri juga telah memberikan kepercayaan kepada kaum wanita untuk menjadi pemimpin dalam perkhidmatan awam negeri.

“Kita mempunyai wanita sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, dua (2) dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kementerian dan masing-masing tiga (3) dilantik sebagai Residen dan Ketua Jabatan. Selain itu, kini wanita juga telah diberi kepercayaan menjadi pemimpin masyarakat melalui pelantikan sebagai Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat,” jelas beliau.

Pada majlis sambutan itu, Ketua Menteri turut menyampaikan tujuh Anugerah Pengiktirafan Khas sempena Hari Wanita Antarabangsa kepada penerima yang telah menyumbang bakti dan mengharumkan nama Sarawak di persada dunia.

YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak menyampaikan Anugerah Pengiktirafan Khas sempena Hari Wanita Antarabangsa kepada Profesor Madya Dr Ida Fatimawati Adi Badiozaman

Antaranya, Profesor Madya Dr Ida Fatimawati Adi Badiozaman yang merupakan Ketua Rekaan dan Seni Fakulti Perniagaan, Rekaan dan Seni Swinburne Sarawak.

Seorang lagi penerima, Abigail Kee Zing Ning, iaitu atlet gusti lengan dari Sarawak,

Turut menerima anugerah ialah Joanne Lai Ing Jing, Alena Murang, Francisca Luhong James, Macgres Sawet serta Nabiatul Dania Zulfiqa dan Profesor Sharifah Rafidah Wan Alwi.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article