- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Projek Jiwa Murni TDM Bantu Rakyat Yang Memerlukan

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menyifatkan Projek Jiwa Murni yang dilaksanakan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) merupakan satu inisiatif yang berkesan dalam membantu rakyat negeri ini yang memerlukan bantuan.

Oleh itu, beliau berkata akan sentiasa memberi sokongan serta mengalu-alukan kerjasama daripada Kerajaan Sarawak untuk sama-sama menjayakan Projek Jiwa Murni TDM yang dilaksanakan di mana-mana lokasi di negeri Sarawak.

Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain mengiringi Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg melawat ke booth pameran Tentera Darat Malaysia (TDM) di dataran Gedong

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Projek Jiwa Murni sempena Hari Tentera Darat Ke-88 di Dewan Masyarakat Gedong pada 10 Mac 2021.

Projek Jiwa Murni adalah salah satu program yang dirangka sempena sambutan Hari Tentera Darat 2021 Peringkat Negeri Sarawak dengan melibatkan kerjasama daripada TDM dan Kerajaan Sarawak.

Menurut Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, antara projek-projek yang dilaksanakan adalah pembaikan rumah penduduk serta peningkatan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan titi, selenggaraan masjid dan surau, tanah perkuburan, dewan dan sebagainya.

Bagi kampung Gedong, sebanyak 17 projek telah dirancang dan dilaksanakan pada fasa pertama yang telah bermula pada 28 Februari dan akan berakhir pada 15 April 2021.

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg mendengar penerangan ringkas tentang perjalanan Projek Jiwa Murni di kampung Gedong

Projek-projek frasa yang pertama itu melibatkan kerja-kerja membaik pulih 12 buah rumah penduduk, pembinaan tiga (3) buah titi, penambahbaikan infrastruktur tanah perkuburan serta kerja-kerja selenggaraan Masjid Al-Kawthar.

Manakala Projek Jiwa Murni fasa yang kedua di kampung Lubok Punggor akan bermula pada 16 April sehingga 14 Jun 2021 melibatkan kerja-kerja baik pulih lima (5) buah rumah dan dua (2) buah titi.

Gambar projek-projek yang sudah dan akan dilaksanakan di kampung Gedong (Fasa Pertama)
Gambar projek-projek yang akan dilaksanakan di kampung Lubok Punggor (Fasa Kedua)

Bagi menjayakan projek-projek tersebut, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose memaklumkan bahawa TDM telah mengerahkan seramai 122 tenaga kerja serta kepakaran manakala Kerajaan Sarawak pula telah menyediakan peruntukan yang diperlukan.

Beliau sangat berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri dan Kerajaan Sarawak kerana telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM500 ribu untuk merealisasikan hasrat murni ini di kampung Gedong dan kampung Lubok Punggor.

Tanpa bantuan dan kerjasama daripada Kerajaan Sarawak, sudah pasti program seumpama ini tidak akan dapat dijayakan, dan beliau berharap hubungan kerjasama erat itu akan berterusan demi kesejahteraan rakyat dan keamanan negeri Sarawak.

Selaku benteng utama pertahanan negara, keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat sentiasa menjadi keutamaan TDM.

Demonstrasi Tempur Tanpa Senjata oleh 1 Rej Rejimen Kor Polis Tentera Darat (KPTD)

Oleh itu, TDM akan sentiasa berusaha menggembleng tenaga dan berkorban apa sahaja demi memastikan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

Dalam perkembangan lain, TDM akan meneruskan Projek Jiwa Murni ini di Simunjan bermula pada 21 Jun sehingga bulan September 2021 dan seterusnya di Sadong Jaya bermula pada bulan Oktober sehingga bulan Mac 2022 membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1 juta.

Kerja-kerja selenggaraan akan dilaksanakan di kedua-dua lokasi setelah mendapat pengesahan lokasi tapak projek daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seterusnya tinjauan terperinci akan dilaksanakan bagi mengenal pasti skop kerja dan jangka masa pelaksanaan menyeluruh.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article