- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Sarawak Sasar Tanam 35 juta Pokok Menjelang 2025

Must read

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat Negeri Sarawak tahun ini telah diraikan pada 26 Mac 2021 bertempat di Taman Tasik, Bukit Siol, Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Sambutan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan  menjaga dan memelihara semua jenis hutan untuk kepentingan bersama.

Ini selari dengan hasrat Kerajaan Negeri yang inginkan proses pembangunan negeri ini akan dilaksanakan secara seimbang dengan pemeliharaan alam sekitar yang lestari.  

Majlis sambutan telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak.

Ketua Menteri menyiram pokok yang beliau tanam sempena sambutan Hari Jutan Antarabangsa Peringkat Negeri Sarawak di Bukit Siol, Kuching

Tema Sambutan Hari Hutan Antarabangsa tahun iaitu Forest Restoration: A Path To Recovery Well-Being adalah bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk mengangkat program restorasi ini sebagai agenda utama berkaitan alam sekitar di negeri ini yang mana kerajaan Negeri telah meluluskan RM62 juta kepada Jabatan Hutan Sarawak (JHS) untuk melaksanakan program-program restorasi – Forest Landscape Restoration (FLR) di seluruh Sarawak dalam RMK-12.

Dipterocarpaceae Vatica abang-zoharii – Spesis pokok baharu yang dinamakan sempana nama Ketua Menteri Sarawak
Ketua Menteri (dua dari kiri) di gerai pameran biji benih pokok

Selain daripada menanam pokok-pokok spesies tempatan, JHS turut menanam spesies asli/tempatan yang  cepat tumbuh seperti engkabang, kelampayan, sawih, geronggang dan sebagainya untuk dibangunkan sebagainya dalam program FLR ini. Kajian dan penyelidikan juga turut dipergiatkan bagi melihat potensi spesies tempatan tersebut.

JHS telah membangunkan tapak-tapak semaian pokok hutan di Sabal Forest Landscape Restoration (FLR) Centre, Simunjan; Sarawak Tree Improvement  Centre, Sibu dan Forest Research Station, Niah Nursery Center, Lundu dan Bintawa di Kuching. Kerajaan Negeri juga turut membangunkan dua (2) lagi tapak semaian iaitu di Lawas dan Baram bagi menampung keperluan anak benih pokok hutan untuk tujuan penanaman di seluruh Sarawak.

Bagi membantu pelaksanaan penghijauan Sarawak juga, JHS turut memanfaatkan teknologi bagi mengenal pasti kawasan-kawasan terosot yang perlu di Restorasi dengan penggunaan teknologi hiperspektral untuk mengenal pasti kawasan yang bersesuaian untuk ditanam semula.

Ketua Menteri (dua dari kanan) diberi penerangan tentang peralatan yang digunakan dalam kerja-kerja pemuliharaan hutan

JHS juga telah berbincang untuk bekerjasama dengan pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan pelbagai penyelidikan dan kajian dalam bidang perhutanan termasuk cara mengaplikasi teknologi “drone seedling” bagi mempercepatkan proses penanaman di seluruh kawasan hutan terosot di Sarawak.

Pada majlis sambutan ini, satu majlis ringkas menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) antara JHS dengan Sarawak Energy Berhad (SEB), Sime Darby Plantation (SDP) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). MoU ini adalah bagi mewujudkan kerjasama dalam aspek restorasi dan konservasi alam sekitar terutama di kawasan tadahan air dan penyelidikan.

Sempena meraikan sambutan hari hutan tahun ini sebanyak 1, 080 pokok di persekitaran Taman Tasik Bukit Siol, yang merangkumi enam (6) spesies pokok tempatan.

Aktiviti ini merupakan sokongan Kerajaan Negeri kepada perlaksanaan Kempen Program Penghijauan Malaysia – Penanaman 100 Juta Pokok di seluruh Malaysia.

Bagi kempen ini, Sarawak menyasarkan untuk menanam sebanyak 35 juta pokok.

Ini bermakna, setiap tahun Sarawak akan menanam sebanyak tujuh (7) juta pokok di seluruh Negeri Sarawak. 

Kerajaan Negeri optimis matlamat ini boleh dicapai kerana pada tahun 2020, Sarawak telah pun menanam 10,452,607 pokok.

Tahun ini bagi sehingga 25 Mac, sebanyak 3.15 juta pokok telah ditanam di seluruh Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article