- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

MTAC Laksana Pelbagai Projek Berimpak Besar Dalam RMK-12

Must read

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MTAC) Sarawak sedang dan akan melaksanakan pelbagai projek berimpak besar di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Perkara ini dimaklumkan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Encik Hii Chang Kee semasa ditemu ramah oleh RAKAN Sarawak baru-baru ini.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Encik Hii Chang Kee

Projek pertama yang akan dilaksanakan ialah pembinaan Pusat Seni Persembahan Negeri (The Performing Art Centre) yang serba canggih di Kuching, sebagai salah satu usaha untuk memperkasa hab baharu dalam bidang seni di negeri ini.

Pusat Seni Persembahan Negeri itu akan dibangunkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) lama dengan melakukan pengubahsuaian reka bentuk di dalam bangunan DUN tersebut, malah ia akan dilengkapi dengan panggung yang besar dan kecil berserta alatan terkini yang lebih canggih.

Dengan adanya pusat seni persembahan negeri tersebut, ia bukan hanya akan dapat mengasah bakat anak-anak muda di negeri ini, malah akan lebih menyerlahkan lagi serta mengangkat bakat dan kebolehan anak-anak Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi sehingga ke persada dunia.

Projek seterunya ialah membangunkan Pusat Kraf Tangan Sarawak sebagai usaha untuk mengembangkan industri kraf tangan di Sarawak kerana ia dilihat mampu memberi manfaat yang amat besar kepada masyarakat di negeri ini selain memberikan nilai tarikan pelancong.

Statistik Industri Kraftangan Sarawak (Sumber: Majlis Kraf Sarawak (SCC) 2020)

Industri kraf tangan ini perlu dilihat semula potensinya kerana ia bukan sekadar dapat memenuhi keperluan industri pelancongan tetapi lebih daripada itu, ia merupakan sumber pendapatan masyarakat terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Selain itu, MTAC juga akan terus melaksanakan pembangunan untuk kawasan-kawasan pelancongan di Sarawak dengan membangunkan fasiliti eko-pelancongan di kawasan taman negara, pantai dan air terjun.

Antaranya ialah Taman Arkeologi Santubong dan Wallace Centre, air terjun Cascading di Fort Margherita, Gua Angin (Wind Cave) dan Gua Fairy (Fairy Caves) di Bau.

Dalam usaha untuk memartabatkan sejarah dan mempromosi keunikan Sarawak, MTAC juga akan menaiktarafkan beberapa buah monumen bersejarah yang sedia ada di Sarawak untuk menyegarkan kembali industri pelancongan di Sarawak.

Antaranya ialah menaiktarafkan Muzium Budaya Sarawak, Sadong Jaya Mangrove Tourism, kubu-kubu peninggalan Brooke seperti Fort Emma, Fort Lily, Fort Brooke, Fort Sylvia dan sebagainya, malah Brooke Dockyard juga akan dijadikan sebagai Muzium Maritim Sarawak.

Di bawah RMK-12 ini juga, MTAC komited untuk terus melakukan usaha bagi memperluaskan fungsi Aplikasi Sarawak Travel dalam mengintegrasikan platform e-dagang sebagai salah satu inisiatif untuk menyokong agensi pelancongan secara dalam talian.

Aplikasi Sarawak Travel ini tidak akan hanya bertindak sebagai alat pemasaran yang hebat bagi pelancongan, malah akan memberikan perkhidmatan sehenti yang mudah bagi pelancong untuk mencari maklumat mengenai tempat-tempat mahupun pakej pelancongan yang tersedia untuk tujuan pembelian.

‘Snapshot’ peta destinasi pelancongan Di Sarawak (sumber gambar:www.AmazingBorneo.com)
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article