Pustaka Negeri Sarawak (PNS) dalam satu kenyataan memaklumkan akan akan mengadakan program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit secara dalam talian pada 22 April 2021 jam 11:00 pagi – 11:10 pagi.
Program ini PNS anjurkan dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Maklumat lanjut untuk Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit tahun ini boleh berhubung dengan pegawai seranta kami Puan Dayang Najwa Hazwani Bt Awang Zaini ditalian 082-442000 (samb. 339) atau emel di alamat najwa@sarawak.gov.my
Kenyataan yang sama juga memaklumkan akan kunjungan hormat Puan Arpah Adenan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Japri Bujang Masli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) dan beberapa pegawai daripada Pustaka Negeri Sarawak pada 30 Mac 2021 yang lalu kepada Yang Berusaha Dr. Norisah Binti Suhaili, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan kemudahan perkhidmatan perpustakaan yang dapat digunakan oleh Guru dan murid sekolah.
Dalam masa yang sama, Pustaka juga berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam penganjuran program.