- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Perkhidmatan Tele-Kaunseling JKMS

Must read

Masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kegelisahan boleh mempengaruhi semua peringkat umur, daripada kanak-kanak hingga dewasa/orang tua di pelbagai peringkat sosial tanpa mengira kaum.

Keadaan ini dapat mengurangkan kemampuan individu untuk menjalani kehidupan yang sebaiknya.

Pandemik COVID-19 telah memberi kesan besar kepada kehidupan kita. Ramai dalam kalangan kita menghadapi cabaran yang boleh menimbulkan tekanan dan keterlaluan.

Belajar mengatasi tekanan dengan cara yang sihat akan menjadikan kita, orang yang kita sayangi, dan orang di sekitar kita menjadi lebih kuat.

Kaunseling ialah salah satu strategi terbaik di mana kaunselor memberikan sokongan kepada mereka yang terlibat untuk menjaga kesihatan mereka.

Kaunseling adalah perkhidmatan yang ditawarkan kepada individu yang mengalami masalah dan memerlukan bantuan profesional untuk mengatasinya.

Sejak COVID-19 melanda, kerajaan secara proaktif selain memberikan bantuan dalam bentuk kewangan turut memberikan bantuan khidmat kaunseling.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) sejak 24 Mac 2020 yang lalu telah mengaktifkan Perkhidmatan Tele-Kaunseling JKMS.

Tele-Kaunseling ialah satu perkhidmatan menolong tidak bersemuka. Perkhidmatan ini diadakan secara atas talian bagi tujuan membantu klien yang memerlukan sokongan psikologi dan emosi.

Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Cawangan Psikologi dan Kaunseling JKMS.

Bagi memastikan perkhidmatan ini sampai kepada masyarakat dan mereka yang  memerlukan, Cawangan Psikologi dan Kaunseling telah menguar-uarkan  perkhidmatan ini di stesen radio seperti Era FM Sarawak, Cat’s FM, Sarawak FM  dan di Televisyen dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia dan Berita Awani Edisi Sarawak.

Hasil daripada itu, seramai 68 orang klien Komuniti telah menghubungi JKM  Sarawak untuk perkhidmatan tele-kaunseling.

Di samping itu juga, pihak JKMS turut memberikan perhatian kepada warga kerja  JKMS. Cawangan Psikologi dan Kaunseling telah di arahkan untuk membuat Ujian DASS-21 (Depression Anxiety Stress Scale 21) secara atas talian.

DASS ialah ujian saringan bertulis untuk mengenal pasti tahap kemurungan, kerisauan dan stres seseorang.

Dengan ujian saringan ini, anda boleh ketahui status kesihatan mental anda sama ada anda stres, bimbang, atau kemurungan.

Seramai 504 orang warga kerja telah menjawab ujian tersebut dan seramai 40 orang telah dihubungi untuk tujuan sokongan emosi.

Perkhidmatan Tele-Kaunseling JKMS adalah terbuka kepada semua masyarakat.

Orang ramai yang memerlukan perkhidmatan ini boleh menghubungi Pegawai  Psikologi JKMS di talian 082-445710 atau Talian Kasih 15999 atau mengisi  maklumat di google form https://bit.ly/2ROp8Pd.

Mulai tahun 2021, Perkhidmatan Tele-Kaunseling telah disebarkan perkhidmatannya kepada semua lapisan masyarakat terutamanya dalam kalangan :

1. Kanak-Kanak

2. Warga Emas

3. Orang Kurang Upaya

4. Keluarga5. Gelandangan

6. Mangsa Bencana

7. Mangsa Keganasan Rumah Tangga

8. Pesalah Muda

9. Komuniti Rentan

10.Mangsa Pemerdagangan Orang

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article