- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Lapangan Terbang Mukah Baharu Mula Beroperasi 17 Jun 2021

Must read

Lapangan terbang ini dibina bagi menggantikan STOLport yang terdahulu menyediakan kemudahan perkhidmatan pengangkutan udara bagi Mukah dan pembinaannya telah dimulakan pada Ogos 2017 dan telah siap sepenuhnya pada awal tahun 2021.

Lapangan terbang yang baharu ini terletak di atas tanah seluas 3,125 meter persegi dengan landasan sepanjang 1,500 meter.

Terminal Lapangan Terbang Mukah Foto : Kementerian Pengangkutan Malaysia

Lapangan terbang ini mampu mengendalikan 265,000 orang penumpang setahun.

Menara Kawalan Lalu Lintas Udara Lapangan Terbang Mukah Foto : Kementerian Pengangkutan Malaysia

Di samping menara kawalan lalu lintas udara, lapangan terbang ini juga menyediakan ruang pejabat bagi ada juga pejabat untuk menempatkan Lembaga Penerbangan Sivil Malaysia, Jabatan Meteorologi dan Bomba dan Perkhidmatan Penyelamat.

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di Lapangan Terbang Mukah Foto : Kementerian Pengangkutan Malaysia

Lapangan terbang ini juga dilengkapkan dengan sistem Wing and Runway Visual Range (WRVR) sistem dan sistem navigasi radio Doppler VHF Omnidirectional Range (DVOR) dan juga sistem lampu tuju.

Dengan siapnya dan beroperasinya lapangan terbang Mukah yang baharu ini, ia pastinya akan menjadi pemangkin yang mampu merancakkan lagi pembangunan di kawasan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak selain diharapkan dapat mendorong lebih banyak pertumbuhan ekonomi tempatan serta menjadi penyokong bagi menjadikan Mukah sebagai hub pendidikan penyelidikan di Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article