- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

IAC Limbang Mercu Tanda Baharu

Must read

Lambang Perkhidmatan Berkualiti Kepada Rakyat

Bahagian Limbang merupakan bahagian pentadbiran yang paling utara dan agak terpisah daripada bahagian-bahagian lain di Sarawak.

Sebagai sebuah pentadbiran yang tidak kurang penting dalam menyumbang kepada kemajuan ekonomi di wilayah utara, pembinaan Pusat Pentadbiran Bersepadu (IAC) Limbang adalah tepat pada masanya.

Pusat pentadbiran bersepadu baharu tersebut juga melambangkan komitmen kerajaan dalam memberikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat, khususnya di Bahagian Limbang dan Daerah Lawas.

Dibina di tapak seluas 44.59 ekar, bangunan lima tingkat tersebut akan menempatkan semua agensi Kerajaan Negeri.

Pelan lokaliti projek pembinaan IAC Limbang

Tingkat bawah akan menempatkan Pejabat Daerah Limbang (Bahagian Mahkamah Bumiputera), pejabat Jabatan Perbendaharaan Negeri, Jabatan Kebajikan, Lembaga Sungai-sungai Sarawak, Sarawak Information Systems (SAINS) serta perkhidmatan kaunter Service Sarawak.

Kemudahan-kemudahan lain yang juga terdapat di tingkat bawah IAC Limbang termasuklah kaunter pertanyaan, galeri, auditorium, surau, kafeteria, kedai serbaneka, tadika, taska dan kemudahan perbankan.

Tingkat satu menempatkan Majlis Daerah Limbang, Jabatan Pertanian dan pejabat Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB).

Tingkat dua menempatkan pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Sarawak Forest Corporation (SFC), Jabatan Hutan Sarawak dan Jabatan Pengairan Sarawak.

Di tingkat tiga akan menempatkan pejabat Jabatan Tanah dan Survei, Jabatan Agama Islam dan Pejabat Daerah Limbang.

Tingkat empat menempatkan Pejabat Residen Bahagian Limbang selain pejabat seksyen-seksyen lain yang ditempatkan di tingkat dua dan tingkat tiga.

Manakala di tingkat lima pula menempatkan kemudahan bilik mesyuarat dan ruang acara.

Projek pembinaan IAC Limbang yang menelan kos berjumlah RM200 juta telah dimulakan pada Januari 2021 dan dijangka siap pada Julai 2023.

Lokasi pembinaan bangunan terletak di kawasan bandar baharu Rangau dan terletak kira-kira dua kilometer dari Lapangan Terbang Limbang dan lima kilometer dari pusat bandar Limbang.

Kewujudan IAC Limbang sudah pasti akan memudahkan urusan masyarakat kerana menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan kerajaan di bawah satu bumbung.

Selain berfungsi sebagai pusat pentadbiran bersepadu, IAC Limbang yang dibina menghadap Sungai Limbang bakal menjadi struktur tarikan dan mercu tanda baharu Bahagian Limbang.

Pemandangan udara bandar Limbang. Kelihatan bangunan Limbang Plaza yang menempatkan Pejabat Residen Limbang dan Pejabat Daerah Limbang
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article