- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

‘GAMMA’ Gerbang Capaian Digital Utama Kerajaan kepada Rakyat

Must read

Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai GAMMA, menyediakan satu gudang atau galeri utama bagi menempatkan aplikasi mudah alih Kerajaan yang selamat, dipercayai dan sahih sebagai gerbang capaian digital utama terus ke peranti pintar pengguna.

Galeri ini dibangunkan untuk menempatkan aplikasi mudah alih perkhidmatan Kerajaan secara berpusat dan berkonsepkan pusat sehenti (one stop centre) sebagai kemudahan menghubungkan rakyat dengan perkhidmatan Kerajaan secara dalam talian, tanpa had masa dan tempat.

GAMMA menjadi salah satu inisiatif di bawah pelaksanaan Mobile Government (ketika itu di bawah NKEA (National Key Economic Area) “Communications Content and Infrastructure” (CCI) EPP6 bagi tujuan mempelbagaikan perkhidmatan Kerajaan melalui peranti pintar.

Inisiatif ini diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bersama semua agensi kerajaan dengan peringkat awal MAMPU memberi tumpuan membangunkan perkhidmatan mudah alih ini.

Pada masa yang sama, GAMMA turut menggalakkan inovasi pembangunan aplikasi mudah alih (khususnya untuk agensi kerajaan) ke arah mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan.

Melalui platform ini, GAMMA menyediakan perisian App Generator (AppGen) yang disasarkan untuk mempertingkatkan kemahiran pegawai kerajaan dalam pembangunan aplikasi mudah alih di agensi masing-masing dengan pantas dan mudah.

Paparan hadapan laman sesawang GAMMA

Sehingga April 2021, sebanyak 217 aplikasi mudah alih Kerajaan telah dimuat naik ke GAMMA dengan rekod transaksi muat turun keseluruhan sebanyak 30,849,821.

Semua agensi Kerajaan disarankan untuk memuat naik aplikasi mudah alih Kerajaan melalui GAMMA bagi memastikan ketulenan maklumat dan keselamatan infrastruktur Kerajaan.

Inisiatif ini merupakan langkah ke hadapan kerajaan melalui MAMPU mendepani perubahan landskap digital dunia dan seterusnya menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).

Untuk rekod, semuanya bermula dengan Inisiatif pelaksanaan GAMMA mula dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) pada 12 Julai 2013 dan Mesyuarat Penaja Operasi NKEA (National Key Economic Area) “Communication Content and Infrastructure” (CCI) pada 22 November 2013.

Paparan hadapan aplikasi GAMMA.my

Seterusnya cadangan tersebut diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) dan diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) pada 31 Disember 2013.

Selaras dengan usaha Kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan dalam talian melalui penggunaan teknologi mudah alih, MAMPU Jabatan Perdana Menteri selaku agensi peneraju ICT Sektor Awam telah membangunkan GAMMA pada tahun 2015.

Seterusnya, pada awal tahun 2015, GAMMA mula diperluaskan kepada agensi Kerajaan untuk menggalakkan pembangunan aplikasi mudah alih agensi kerajaan.

Inisiatif tersebut bermula dengan pembangunan 20 aplikasi perintis seperti Skuad AADK, eScience Fund, MyMQR dan Mobile JPN yang memberi impak tinggi melalui Kerjasama dengan 19 buah agensi Kerajaan sebagai inovasi dalam mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

Muat Turun tertinggi di aplikasi mudah alih

MAMPU telah membangunkan Kerangka Pelan Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan pada tahun 2017 yang memberi fokus kepada perkembangan perkhidmatan digital, seterusnya memberi manfaat dan menggalakkan kelestarian gaya hidup dalam mewujudkan masyarakat digital (Digital Society).

Dari semasa ke semasa bertepatan dengan pelan tersebut, perkhidmatan GAMMA sentiasa ditambak baik selaras dengan perkembangan teknologi mudah alih dalam era terkini.

Selaras dengan perkembangan teknologi terkini dan ketersediaan maklumat, semakin banyak aplikasi dibangunkan oleh agensi Kerajaan untuk memudahkan orang awam membuat urusan, aduan dan memberikan maklum balas terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Dengan teknologi telefon pintar dan peningkatan penggunaan jalur lebar, maklumat boleh diakses dengan lebih mudah dan berkesan.

GAMMA menyediakan kemudahan capaian dan carian tunggal ke atas App Kerajaan. Dengan adanya GAMMA, saluran capaian perkhidmatan Kerajaan dapat ditambah baik dan memudahkan orang awam untuk memuat turun App Kerajaan melalui portal GAMMA atau App GAMMA.my. GAMMA boleh dimuat turun di platform android, IOS dan Huawei.

Manakala Portal GAMMA (https://gamma.malaysia.gov.my) pula menyediakan fungsi utama kepada orang awam untuk membuat carian dan seterusnya muat turun App Kerajaan secara terus ke peranti pintar. Setiap App tersebut dipaparkan mengikut kategori serta mengikut segmen utama iaitu aplikasi tumpuan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article