- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Landasan Tepat Ke Arah Negeri Maju Menjelang 2030

Must read

Strategi Pelan Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 Sarawak

Sarawak bersedia mengorak langkah menjadi sebuah Negeri maju menjelang 2030, dengan masyarakat dipacu melalui data dan inovasi dengan segenap masyarakat akan menikmati kemakmuran ekonomi, inklusif sosial dan persekitaran yang mampan.

Ini sebahagian daripada aspirasi utama yang termaktub dalam Strategi Pelan Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 (PCDS 2030) yang dilancarkan hari ini (22 Julai 2021) oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg melancarkan Strategi Pembangunan 2030 Pasca COVID-19

Biarpun Sarawak berhadapan dengan pandemik COVID-19, ini tidak pernah menghalang Sarawak mengatur langkah untuk melakukan sesuatu untuk masa depan Sarawak, bagi memastikan Sarawak pulih daripada wabak ini dengan ekonomi yang lebih kuat dan berdaya.

Melalui pelancaran PCDS 2030, beliau yakin mampu melonjak dan melestarikan pertumbuhan sosioekonomi dan pembangunan Sarawak bagi tempoh masa 10 tahun akan datang.

Sarawak jelas beliau perlu menggandakan pertumbuhan ekonomi dari RM136 bilion pada tahun 2019 kepada RM282 bilion pada tahun 2030.

Fasa pertama PCDS 2030, jelas Ketua Menteri akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) dengan sasaran di bawah RMK12 dan PCDS 2021-2030 adalah untuk ekonomi berkembang pada kadar purata 6.0% hingga 8.0% setahun.

Bagi menjayakannya, Kerajaan Sarawak komited dengan memberikan anggaran perbelanjaan RM63 bilion untuk melaksanakan PCDS 2030 di bawah RMK-12 di mana RM30 bilion akan datang daripada perbelanjaan pembangunan langsung dan RM33 bilion dari dana alternatif.

Ini akan dicapai melalui model kewangan kreatif dan perekayasaan pendapatan, dengan keyakinan Sarawak akan terus kedudukan fiskal yang sihat.

Sejajar dengan teras strategi PCDS 2030, perbelanjaan tersebut akan berdasarkan kepada bidang yang menghasilkan kesan ekonomi, sosial dan alam sekitar yang paling besar dengan fokus ketika ini adalah untuk membangunkan pemboleh seperti infrastruktur asas iaitu jalan dan jambatan, bekalan elektrik dan bekalan air terawat dan rangkaian telekomunikasi.

Ini akan menyediakan asas kukuh untuk Sarawak bergerak ke fasa seterusnya (Fasa ke 2) PCDS 2030, yang dipacu oleh pembangunan bakat, kemahiran dan inovasi.

Berkaitan dengan PCDS 2030 yang baharu tersebut, beliau menggariskan enam sektor ekonomi utama sebagai pemacu pertumbuhan iaitu Pembuatan, Pertanian Komersial, Pelancongan, Perhutanan, Perlombongan dan Perkhidmatan Sosial.

Jelas beliau lagi, enam sektor berkenaan akan disokong tujuh pemboleh ubah iaitu Transformasi Digital, Inovasi, Infrastruktur Asas, Pengangkutan, Utiliti, Tenaga Boleh Diperbaharui dan Pendidikan serta Pembangunan Modal Insan.

Paling penting, jelas beliau PCDS 2030, objektif terasnya adalah untuk mengubah struktur ekonomi, untuk memodenkan dan meningkatkan kecekapan , untuk meningkatkan pendapatan isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan untuk meletakkan kelestarian alam sekitar dalam usaha pemulihan dan pertumbuhan ekonomi jangka panjang.
Beliau menegaskan kejayaan PCDS 2030 pada masa akan datang, juga menuntut kepada penglibatan semua pihak termasuk rakyat Sarawak dalam menterjemahkan komitmen menjadi tindakan harian, dan kesinambungan pelaksanaannya di segenap peringkat
YB Datuk Amar Jaul menyerahkan buku Strategi Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 kepada YAB Ketua Menteri

Info Tambahan
Objektif utama PSDC 2030
* Mengubah struktur ekonomi dengan meningkatkan skala pengeluaran untuk meningkatkan kecekapan di aktiviti huluan dan hiliran serta mengembangkan sektor perkhidmatan untuk menyokong aktiviti sektor utama dan sekunder secara mampan;
* Memodenkan dan meningkatkan kecekapan yang didorong oleh kesalinghubungan digital dan fizikal;

* Untuk meletakkan kelestarian alam sekitar dalam usaha pemulihan dan pertumbuhan ekonomi jangka panjang. Penekanan terhadap kelestarian alam sekitar akan membuka jalan bagi lebih banyak aliran masuk pelaburan ke Sarawak yang akan mewujudkan penyelesaian, lebih banyak pekerjaan ekonomi “hijau” dan peluang perniagaan untuk memacu ekonomi kita secara lestari.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article