- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Budaya Kerja Berdisiplin Tunjang Kecemerlangan Organisasi

Must read

Sejak tahun 1990, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) telah menganjurkan Anugerah Kecemerlangan Industri Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan.

Sehingga 2014, Anugerah ini telah menggunakan Kerangka Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MBEF) sebagai penilaian tunggal dan ‘tool’ ataupun alat pengukuran untuk sesebuah organisasi mengukur sejauh mana tahap kecemerlangan organisasi mereka.

Selain menjadi panduan amalan pengurusan yang komprehensif ataupun holistik secara menyeluruh, MBEF turut berfungsi sebagai alat bagi membantu syarikat mengurus dan mengkaji semula operasi perniagaan serta prestasi pengurusan supaya lebih sistematik.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, YB Datuk Amar Awang Tengah bin Ali Hasan menyampaikan ucapan menerusi aplikasi Zoom pada Majlis Pelancaran CMIEA 2021

Rangka kerja ini dapat membentuk keperibadian merangkumi budaya kerja berdisiplin sekali gus memberi kesan terhadap peningkatan tahap produktiviti pekerja yang akhirnya memberi manfaat kepada syarikat.

Bukan sahaja syarikat yang mendapat manfaat dari rangka kerja tersebut, malah orang sekeliling yang berkepentingan turut menerima kesan positifnya.

Antara faedah MBEF ialah, ia akan membentuk kepimpinan berinspirasi serta menyumbang kepada prestasi kewangan yang mampan atau lebih kukuh selain memacu inovasi dalam produk dan perkhidmatan.

Dengan MBEF juga, ia dapat memberi fokus kepada perkhidmatan dan kepuasan pelanggan serta mewujudkan proses perancangan perniagaan yang lebih cekap secara tidak langsung akan dapat meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kos operasi.

Sehingga kini, sebanyak 84 negara dan 97 pentadbir anugerah antarabangsa telah menggunakan rangka kerja yang hampir sama dengan MBEF terutama bagi meningkatkan kecemerlangan dalam pengurusan organisasi mereka.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengurus Bahagian Kecemerlangan Perniagaan MPC Puan Jayaletchumi  Krishnan dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada Sesi Taklimat MBEF yang diadakan menerusi Aplikasi Zoom sempena Majlis Pelancaran Sarawak Chief Minister’s Industry Excellence Awards (CMIEA) yang telah berlangsung pada 12 Ogos 2021.

Pengurus Bahagian Kecemerlangan Perniagaan MPC Puan Jayaletchumi Krishnan dari MPC memberikan taklimat berkenaan MBEF

Jelas beliau, menerusi konsep Kecemerlangan Perniagaan (BE), rangka kerja dan modul dibangunkan bagi memastikan kejayaan sesebuah organisasi dapat dicapai dan yang paling penting, ianya dapat mencapai hasil perniagaan yang lebih unggul.

Sehubungan itu, beliau berkata, MBEF yang menjadi panduan kepada pengamal perniagaan ke arah peningkatan prestasi serta budaya kecemerlangan adalah sangat penting buat organisasi perniagaan pada masa kini kerana mereka berdepan dengan;

  • Permintaan turun naik dan tidak menentu (Demand Volatility & Uncertainty)
  • Meningkatkan Persaingan Global (Increasing Global Competition)
  • Pilihan pengguna yang berubah dengan pantas (Fast changing consumer preferences)
  • Industri 4.0, Keselamatan Siber (Industry 4.0, Cyber Security)
  • Ekonomi Digitalisasi (Digitalization Economy)
  • Pengurusan Risiko (Risk Management)

Pada dasarnya, MBEF dianggap sebagai sebuah kerangka yang komprehensif dalam membantu organisasi meningkatkan prestasi perniagaan kerana ia mendorong mereka menggunakan pendekatan ‘total’ dalam mengurus organisasi mereka.

Di Malaysia, MBEF merupakan kriteria yang digunakan di dalam Anugerah Kecemerlangan Industri yang dianjurkan oleh MITI sejak 1990 dan sejak 2014, MBEF telah digunakan sepenuhnya sebagai satu-satunya kriteria penilaian untuk menentukan tahap kecemerlangan sesebuah organisasi.

Tujuh kriteria dalam MBEF yang dimaksudkan ialah Kepimpinan, Perancangan, Informasi, Pelanggan, Tenaga Kerja, Proses dan Hasil.

Kriteria kepimpinan memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan keberkesanan kriteria-kriteria yang lain kerana ia akan membawa kepada keputusan atau hasil yang cemerlang.

Kriteria MBEF merupakan satu set jangkaan atau keperluan, pendekatan berstruktur untuk peningkatan prestasi dan rangka kerja untuk pandangan sistem pengurusan prestasi.

Kriteria ini akan membantu sesebuah organisasi sejajarkan sumber yang ada; kenal pasti kekuatan dan peluang untuk peningkatan prestasi perniagaan; tingkatkan tahap komunikasi, produktiviti dan keberkesanan; serta mencapai matlamat strategik organisasi. Sehubungan itu, ‘total’ untuk ketujuh-tujuh kriteria MBEF berjumlah 1,000 apabila dijumlahkan kesemua 150 mata untuk Kepimpinan; 90 mata untuk Strategi; 90 mata untuk maklumat; 110 mata untuk pelanggan; 120 mata untuk tenaga kerja; 90 mata untuk Proses; dan 350 mata untuk Hasil.

Contoh keputusan atau hasil yang dicapai
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article