- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Perkhidmatan Pembetungan di Sarawak

Must read

Dalam Bicara Lestari Pustaka Negeri Sarawak (19 Ogos 2021) yang dilaksanakan dalam talian, Ir. Annestasia Sulastri B. Salleh, Penolong Pengarah Unit Miri, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan telah berkongsi maklumat tentang perkhidmatan pembetungan di Sarawak.

Perkhidmatan pembetungan adalah salah satu daripada agenda Sustainable Development Goals (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu menyentuh matlamat keenam dalam 17 matlamat SDG iaitu Hygiene Education.

Menurut Ir. Annestasia, perkhidmatan pembetungan di negeri ini sudah dilaksanakan sejak tahun 1950-an lagi.

Pada waktu itu, night-soil services dan hanging toilet adalah perkhidmatan pembetungan asas yang ada.

Night-soil services merupakan cara membuang kumbahan sebagai basic service dilakukan pada 1950-an

Pada tahun 1970-an, Sarawak telah melakukan inisiatif sendiri di mana Sarawak telah memiliki beberapa buah kemudahan sistem pembetungan berpusat seperti di Sibu, Bintulu, Mukah dan di Kuching.

Ir. Annestesia berkata, sehingga kini Sarawak merekodkan  86.5% perkhidmatan pembetungan masih menggunakan tangki septik.

Penggunaan tangki septik yang berterusan dan tidak diselenggara akan mengakibatkan air yang tercemar akan melimpah keluar ke sistem perparitan rumah akan menambahkan pemuatan pencemaran pada alam sekitar.

Kerajaan Sarawak pada tahun 2008 telah membina sistem kumbahan Pakej 1 Kuching dan telah siap 2015 dan sistem pertama yang dioperasi sendiri oleh Jabatan Pembetungan di Sarawak.

Kaedah Rawatan terkini di kawasan kediaman Taman Boulder Built yang mempunyai 191 buah rumah

Perkhidmatan pembetungan bukan sahaja berfungsi sebagai merawat air kumbahan malah merupakan proses rawatan untuk menghasilkan pemulihan nutrien selain boleh juga menjana tenaga elektrik bagi kegunaan loji dan kawasan berdekatan loji.  

IR. Annestasia juga menyatakan Sarawak dalam perancangan untuk melaksanakan sistem pembetungan berpusat di Kuching, Miri, Sibu, Bintulu dan Kota Samarahan.

Kos pembangunan sistem ini yang tinggi merupakan cabaran bagi menyediakan perkhidmatan pembetungan yang baik kerana ia juga melibatkan kos penyelenggaraan yang berterusan bagi memastikan segala peralatan dan sistem berfungsi dengan baik. 

Melalui Bicara Lestari ini, Ir. Annestasia menjelaskan  Jabatan Perkhidmatan Pembetungan memainkan peranan yang penting untuk menyediakan sistem pembetungan yang bersepadu yang berkesan kepada masyarakat negeri Sarawak.

Sustainable Development Goals memiliki 17 matlamat yang telah ditetapkan oleh Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2015
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article