- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Program Vaksinasi Komuniti Gelandangan Sarawak

Must read

Untuk Bahagian Kuching

Pada 22 Ogos 2021, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah melaksanakan Program Vaksinasi Komuniti Gelandangan, khusus untuk Bahagian Kuching.

Program Vaksinasi Komuniti Gelandangan di Sarawak dilaksanakan di sembilan (9) buah Bahagian Pentadbiran dengan kolaborasi bersepadu Pejabat Residen, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Pihak Berkuasa Tempatan, PDRM, AADK, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ini ialah matlamat Kerajaan Negeri Sarawak agar tidak ada rakyat yang tertinggal disuntik dengan vaksin COVID- 19 demi mencapai imuniti kelompok (herd immunity).

YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak, membantu memberikan semburan sanitizer tangan kepada salah seorang penerima vaksin

Usaha vaksinasi komuniti gelandangan di Kuching bermula pada bulan 5 Ogos 2021 untuk lima (5) orang gelandangan yang dibawa ke PPV di Stadium Tertutup.

Sehingga 20 Ogos 2020, seramai 17 orang gelandangan telah divaksin di Bahagian Kuching.

Hasil cerapan yang dilakukan pada 18 Ogos 2020, seramai 12 orang telah dikenal pasti untuk divaksin pada 22 Ogos 2021 (malam).

Usaha yang dilakukan ini adalah kolaborasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi seramai 40 orang anggota dari Pejabat Residen Kuching; Majlis Pembangunan Sosial, KWKPK; Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat; Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Kuching; Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak; Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching; MBKS; DBKU; Majlis Perbandaran Padawan; IPK PDRM Sarawak; IPD PDRM Padawan; IPD PDRM Kuching; AADK Sarawak; Jabatan Imigresen Malaysia; Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kuching; dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Setakat 20 Ogos 2021, seramai 66% (67 orang) gelandangan telah divaksin dengan mendapat sekurang- kurangnya dos yang pertama. 16 orang di Miri; 17 di Kuching; seorang (1) di Samarahan; tujuh (7) di Sarikei; tiga (3) di Serian; seorang (1)  di Betong; dan tujuh (7)  di Kapit.

Selepas ini, giliran Bahagian Bintulu pula akan menjalankan operasi vaksinasi untuk gelandangan mereka.

Masalah sosial seperti gelandangan sangat rumit, kompleks dan tidak dapat ditangani secara silo. Ia memerlukan pendekatan yang bersepadu, kolaboratif, kolektif dan holistik.

Justeru, Kerajaan Negeri Sarawak telah meluluskan penubuhan Tempat Transit Gelandangan (TTG) dalam Rancangan Malaysia Ke 12 bandar raya/bandar-bandar besar di Kuching, Miri, Sibu, dan Bintulu yang mempunyai bilangan gelandangan yang ketara. TTG Sibu akan siap pada September 2021.

Lokasi TTG Bintulu sudah dikenal pasti.

TTG berfungsi sebagai tempat transit bagi gelandangan untuk membersih diri, makan malam dan tidur sebelum keluar keesokan harinya untuk menjalankan urusan masing-masing. Di TTG juga mereka dapat diberi rujukan intervensi yang diperlukan untuk menangani isu yang dihadapi; menyertai social enterprise yang disediakan; dan diberi bimbingan dan kaunseling.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article