- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

MyReskill IoT

Must read

Dalam Laporan OECD 2021 Tinjauan Ekonomi Malaysia (ES 2021) yang dilancarkan baru-baru ini, dikatakan bahawa penggunaan teknologi dalam kalangan perniagaan perlu ditingkatkan lagi untuk memacu pertumbuhan produktiviti.

Oleh itu, usaha untuk mencapai tahap pendigitalan yang lebih tinggi perlu digandakan ke arah produktiviti yang lebih baik kerana peranan inovasi teknologi dalam meningkatkan produktiviti kini telah diterima di peringkat global.

Penggunaan teknologi bukan saja telah menjadi penyelesaian terbaik bagi syarikat untuk kekal berdaya saing malah, penggunaan teknologi yang lebih tinggi dalam syarikat-syarikat pelbagai saiz membuka peluang yang lebih luas untuk memacu pertumbuhan produktiviti negara.

Syarikat-syarikat pelbagai saiz di negara ini juga boleh mengurangkan kebergantungan mereka terhadap pekerja asing dengan penggunaan teknologi baru seperti menggunakan sistem robotik, teknologi automasi dan inovasi.

Sebagai contoh, penggunaan teknologi sistem binaan berindustri (IBS) yang dikenali sebagai pembinaan pasang siap telah dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dalam sektor pembinaan.

Digital teknologi dapat membantu perniagaan menjadi lebih produktif

Malah, penggunaan teknologi automasi, robotik dan inovasi juga dapat membantu meningkatkan pengeluaran produktiviti berkualiti, seterusnya bersaing di pasaran global yang lebih kompetitif dalam jangka masa panjang.

Sehubungan itu, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melalui Nexus Produktiviti Elektrik dan Elektronik (EEPN) telah mengadakan Program MyReskill IoT yang diadakan secara maya selama lima hari bermula pada 2 September 2021 lepas.

MPC adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang menjalankan aktiviti bagi peningkatan produktiviti, kualiti dan daya saing dengan visi untuk menjadi peneraju dalam meningkatkan produktiviti ke arah daya saing global yang kompetitif dan berinovasi.

Program MyReskill IoT bertujuan untuk meningkatkan penggunaan teknologi dalam kalangan syarikat daripada pelbagai saiz dan sektor ekonomi yang berkaitan sesuai dengan temanya iaitu ‘Peningkatan Produktiviti melalui Digitalisasi’.

Penggunaan teknologi membuka peluang yang lebih luas untuk memacu pertumbuhan produktiviti negara

Menurut Ketua Pengarah MPC YBhg. Dato’ Abdul Latif Haji Abu Seman, para peserta yang menyertai program tersebut akan mengikuti modul secara dalam talian dan berpeluang mendalami teknologi IoT serta pengetahuan teknikal bagi pelaksanaan syarikat masing-masing.

Selepas sesi dalam talian, para peserta akan membangunkan projek Proof-Of-Concept (POC) dalam masa seminggu melalui bimbingan MPC, pusat teknologi dan rakan teknologi.

Beliau memaklumkan bahawa Program MyResklii IoT kali ini turut disertai dengan pembentangan projek Proof-Of-Concept (POC) oleh Swift Bridge Technologies Sdn. Bhd.

Pembentangan ini akan menerangkan bagaimana penggunaan IoT telah membolehkan syarikat Swift Bridge Technologies Sdn. Bhd. mendigitalkan tugas yang sebelum ini dilakukan secara manual dan membantu papan pemuka secara jarak jauh.

Program MyReskill IoT bantu industri meningkatkan produktiviti melalui pendigitalan

Penggunaan IoT tersebut telah memberi impak besar kepada syarikat tersebut di mana ia berjaya menjimatkan kos sebanyak RM300,000 yang seterusnya telah meningkatkan kecekapan operasi sebanyak 33% dan produktiviti lebih tinggi.

Oleh itu, penganjuran program MyReskill IoT ini dilihat tepat pada masanya untuk meningkatkan prestasi produktiviti dengan meningkatkan kadar penggunaan teknologi di kalangan syarikat pelbagai saiz di negara ini.

Antara komponen penting yang diterapkan dalam program ini ialah Aku Janji Penggunaan Digital, yang merupakan inisiatif di bawah Nexus Produktiviti Digital (DPN).

Inisiatif ini bertujuan menggalakkan ketua organisasi memupuk perubahan minda ke arah prestasi yang lebih cemerlang melalui penggunaan teknologi digital.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article