- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

MAKSAK Sarawak Pupuk Kesedaran Tingkat Bekalan Tabung Darah

Must read

Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak mengambil inisiatif menganjur Program Derma Darah MAKSAK 2021 pada 16 September 2021 untuk bersama-sama membantu  menambahkan bekalan tabung darah Bank Darah Hospital Umum Sarawak yang semakin berkurangan dan amat diperlukan pada masa kecemasan ini.

Program Derma Darah merupakan program tahunan MAKSAK dan kali ini MAKSAK Sarawak bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Transfusi dan Bank Darah Hospital Umum Sarawak.

Menderma darah memberikan pelbagai faedah kebaikan terhadap kesihatan tubuh badan
Antara penderma kempen Derma Darah MAKSAK Sarawak 2021

Program yang diadakan di Pasaraya Mydin Vista Tunku, Petrajaya Kuching mendapat sambutan di luar jangka dengan  disertai oleh seramai 101 penderma sekitar Kuching turut  menyasarkan kakitangan awam dan ahli-ahli kelab gabungan dengan harapan mereka menjadi lebih peka terhadap pelbagai faedah kebaikan derma darah terhadap kesihatan tubuh badan.

Jumlah penderma mengikut kategori darah

Atas sambutan yang begitu menggalakkan  pihak mereka terpaksa menutup awal kaunter pendaftaran 3 jam lebih awal kerana borang yang dikeluarkan sebanyak 146 keping borang untuk mengelakkan tempoh menunggu yang terlalu lama di samping mengekalkan kualiti darah.

Daripada jumlah tersebut pihak mereka telah berjaya memperolehi 101 beg darah dan selebihnya tidak berjaya atas faktor-faktor kesihatan.

Orang awam turut tidak ketinggalan mengikuti program ini

Sebagai acara simbolik, majlis pertukaran cenderamata turut diadakan bersama Pegawai Perhubungan Awam, Puan Aidawatie Mustapha yang mewakili Ketua Jabatan Perkhidmatan Transfusi dan Bank Darah, Hospital Umum Sarawak dan mewakili MAKSAK Sarawak, Setiausaha Kerja MAKSAK Sarawak, Encik Nazrie bin Abdullah@Sulaiman.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article