- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

MAKSAK Cares Bantu Golongan B40 Penjawat Awam Sarawak

Must read

Atas rasa keprihatinan dan mengambil berat terhadap golongan B40 khususnya di kalangan penjawat awam yang terjejas akibat pandemik COVID-19,  Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) telah melancarkan Projek MAKSAK Cares.

Majlis Pelancaran MAKSAK Cares yang telah disempurnakan isteri Ketua Menteri merangkap Penasihat MAKSAK Wanita Negeri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di Wisma Bapa Malaysia pada 1 Oktober 2021.

Majlis Pelancaran MAKSAK Cares yang telah disempurnakan isteri Ketua Menteri merangkap Penasihat MAKSAK Wanita Negeri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang

Program MAKSAK Cares ini merupakan salah satu aktiviti Kebajikan MAKSAK Wanita Sarawak dalam membantu meningkatkan kualiti hidup golongan berpendapatan rendah serta memastikan tiada penjawat awam yang tercicir daripada menikmati faedah bantuan Kerajaan.

MAKSAK Cares dilancarkan dengan kolaborasi Unit Sumber Manusia Negeri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak, MAKSAK Wanita Negeri dan Sanjung Etika Sdn. Bhd dengan dana terkumpul sebanyak RM100,00.00.

Dana ini akan memberi manfaat kepada seramai 1,000 orang penerima dalam bentuk Baucar Tunai.

Menurut Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak, Datin Amar Evelyn Ritikos, melalui MAKSAK Cares ini, sumbangan baucar tunai bernilai RM100 akan dihulurkan kepada kumpulan sasar iaitu penjawat awam negeri Sarawak dalam golongan B40 yang berpendapatan kurang daripada RM1,400 sebulan.

MAKSAK Cares dilancarkan dengan kolaborasi Unit Sumber Manusia Negeri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak, MAKSAK Wanita Negeri, dan Sanjung Etika Sdn. Bhd

Dalam majlis yang sama juga telah berlangsung penyerahan cek sumbangan berjumlah RM50,000 daripada Sanjung Etika Sdn Bhd yang disampaikan oleh Pengerusinya, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki kepada Tabung MAKSAK Cares yang diterima oleh Pengerusi MAKSAK Wanita Negeri Sarawak, Datin Amar Evelyn Ritikos.

Majlis Pelancaran MAKSAK Cares turut diikuti secara maya oleh MAKSAK Wanita setiap Bahagian
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article