Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Ketua Menteri 2021 yang diadakan pada 6 hingga 7 September 2021, bukan sahaja mencatatkan rekod pertama kali dianjurkan menyatukan setiap Unit Jabatan Ketua Menteri dengan mempersembahkan inovasi masing-masing tetapi turut memecah tradisi penganjuran itu sendiri di luar kebiasaan secara maya.
Keadaan pandemik sama sekali tidak menghalang penganjuran program ini diadakan yang rata-ratanya projek dipilih dan dipersembahkan berkaitan dengan fungsi dan peranan agensi di unit masing-masing.
Program ini yang pertama kali diadakan pada tahun ini (2021) anjuran Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri berjaya menghimpunkan 13 inovasi daripada 13 kumpulan KIK di setiap unit Jabatan Ketua Menteri yang melibatkan seramai 86 pegawai dari Unit Jabatan Ketua Menteri.
Setiap kumpulan KIK diwakili dan disertai oleh seorang ahli kumpulan, Ketua Kumpulan dan beberapa orang ahli Kumpulan.
Daripada 13 penyelesaian inovatif, sembilan (9) daripadanya terdiri daripada inovasi penyampaian perkhidmatan dan empat (4) pula inovasi sosial yang memfokuskan kesejahteraan sosial rakyat.
Mengikut pecahan penyelesaian inovatif pula, tujuh (7) daripada 13 penyelesaian inovatif tersebut merupakan inovasi penciptaan sementara enam (6) ialah inovasi penambahbaikan.
Untuk rekod, 13 kumpulan KIK yang mengambil bahagian ialah Kumpulan Lavender (Unit Audit Dalam), Kumpulan Trackers (Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri), Kumpulan Komuniti UKAS (Unit Komunikasi Awam Sarawak), Kumpulan D’Monitors (Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri), Kumpulan EPU INCC (Unit Perancang Ekonomi Sarawak), Kumpulan UPPAN United (Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Negeri) dan Kumpulan HR Genovation (Unit Sumber Manusia Negeri)
Menariknya kali ini, empat (4) kumpulan KIK (dari Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) iaitu Kumpulan Innovengers, Kumpulan D’7 Wonders, Kumpulan UNIFORce dan Kumpulan Happy Valley manakala dua (2) kumpulan KIK (dari Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) iaitu Kumpulan Kanzen-Sei dan Kumpulan Quartz.
Secara umumnya, projek-projek yang dipilih berkait rapat dengan agensi dan unit masing-masing bagaimana ia dapat memudahkan sistem penyampaian perkhidmatan, bagaimana ia memanfaatkan masyarakat dan golongan sasarannya dan sejauh mana teknologi dan aplikasi telah dipraktikkan.
Ringkasan Kumpulan KIK dan Tajuk Projek
Mini Konvensyen KIK Jabatan Ketua Menteri 2021
Bil | Nama Kumpulan | Unit | Tajuk Projek |
1 | Lavender | Unit Audit Dalam | Kesukaran Menentukan Penilaian Markah Kriteria eCSA |
2 | Innovengers | Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain | i-SAFE : Pengurusan Risiko Keselamatan Rumah Ibadah Berasaskan Sistem Automasi Bangunan (Teknologi Internet of Things (IoT) dan Global System For Mobile |
3 | D’7 Wonders | Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain | i-Monitoring |
4 | UNIFORce | Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain | Dispenser Air Kudus Automatik Untuk Kegunaan Gereja Katolik dan Anglican |
5 | Happy Valley | Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain | Memperkasakan Maklumat Institusi Keagamaan Lain di Sarawak |
6 | Kanzen-Sei | Unit Integriti dan Ombudsman Negeri | Pelaporan Status Pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Agensi yang kurang efektif |
7 | Quartz | Unit Integriti dan Ombudsman Negeri | Pengurusan Rekod Aduan Ombudsman Yang Kurang Efektif |
8 | Trackers | Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri | Teknik Pengesanan Kontak Covid-19 |
9 | Komuniti UKAS | Unit Komunikasi Awam Sarawak | Portal / Aplikasi Sarawakku Sayang |
10 | D’Monitors | Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri | Kelewatan Penyediaan Laporan Selepas Lawatan Tapak |
11 | EPU INCC | Unit Perancang Ekonomi Sarawak | E- Inventory Monitoring System |
12 | UPPAN United | Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Negeri | Masalah Susun Atur Tempat Duduk Jemputan |
13 | HR Genovation | Unit Sumber Manusia Negeri | Cabaran Dalam Pengurusan Rekod Sumber Manusia Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) |