- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

PPN Sarawak Beri Tumpuan Kepada Projek Berpaksikan Rakyat

Must read

Pengarah PPN Sarawak YBhg. Dato’ Hasnul bin Mohamed

Sejak sepuluh tahun lalu, Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Sarawak telah banyak memberi tumpuan kepada projek berpaksikan rakyat (people centric) seperti Projek Mesra Rakyat (PMR) dan program Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).

PPN Sarawak juga terlibat dengan pelaksanaan projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam, Projek Infrastruktur Asas (PIA dan PIAS) dan Pembekalan Tangki Air kepada penduduk di kawasan pinggir bandar dan kawasan luar bandar yang belum menerima bekalan air bersih.

PPN Sarawak bukan sahaja melaksanakan projek fizikal semata-mata, tetapi turut memberi fokus kepada program pembasmian kemiskinan, meningkatkan taraf pendapatan, meningkatkan kualiti hidup, dan penyelesaian isu-isu berkaitan tanah adat masyarakat Bumiputera Sarawak.

Sejak beberapa tahun lalu, PPN Sarawak aktif dalam melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) antaranya, pada 16 Ogos 2020, PPN telah memberikan sumbangan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Yong, Kapit yang mengalami kebakaran sehingga mengakibatkan sebuah blok asrama lelaki dan seunit kuarters guru terbakar 80%.

Pada 14 Oktober 2020, PPN telah memberi sumbangan kepada Surau Darul Fadzlillah, Gita Laut yang mengalami kebakaran sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada dinding, siling dan pendawaian elektrik.

Bantuan sumbangan kebakaran PPN Sarawak kepada Surau Darul Fadzlillah, Gita Laut

Pada 20 November 2020, PPN telah memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Hilir, Sungai Pala melibatkan tiga (3) buah rumah terbakar 100%.

Pada 21 November 2020, PPN memberi sumbangan kepada mangsa rumah terbakar di Kampung Bintawa Ulu membabitkan (5) buah rumah terbakar 100% dan dua (2) buah rumah terbakar 20%.

Pada 28 hingga 31 Disember 2020, PPN mengadakan Program iCare4U bertemakan Kasih Prihatin Kembali Ke Sekolah Tahun 2021 dengan peruntukan RM14,000 yang disalurkan oleh ICU, JPM.

Program iCare4U ini diadakan dengan kerjasama Bank Muamalat dan Bakul Kasih di seluruh Negeri Sarawak dan telah memberi manfaat kepada 70 penerima di seluruh Sarawak yang layak.

Pada 16 Januari 2021, PPN telah mengadakan program Bakul Makanan dan Wang Tunai untuk zon Sri Aman bagi mangsa kebakaran di Kampung Hilir membabitkan empat (4) rumah yang terbakar di mana satu daripadanya adalah rumah sewa dengan 100% kebakaran.

Pada 1 hingga 2 April 2021, PPN telah mengadakan Lawatan Susulan Ziarah Prihatin di Daerah Samarahan dan Serian sempena Lawatan Kerja Perdana Menteri ke Sarawak.

Agihan bakul makanan bernilai RM200 telah diberikan kepada untuk tujuh (7) Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah dikenal pasti awal oleh PPN tetapi tidak dipilih dalam lawatan sebenar Perdana Menteri.

Pada 7 April 2021, Program CSR Bakul Makanan Pengarah Pembangunan Negeri Sarawak telah dilaksanakan di Kampung Sungai Aur dan Kampung Sibu Laut melibatkan 20 KIR.

Pada 3 hingga 7 Mei 2021, Program ICare 4U Ziarah Kasih Ramadan 1442H telah diadakan di seluruh Negeri Sarawak dan jumlah penerima bantuan ini adalah seramai 65 KIR (miskin dan miskin tegar dalam sistem eKasih)

Pada 5 Mei 2021, Program Bakul Makanan dan Wang Tunai PPN (Zon Miri) telah diberikan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pujut, Miri yang mengakibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal terbakar 80% dan sebuah rumah mengalami 20% kerosakan.

Pada 3 hingga 6 Mei 2021, Program Kasih Ramadan dan Prihatin Syawal telah ini dilaksanakan bersempena dengan Sambutan Jubli Emas, 50 Tahun, ICU JPM iaitu Program Prihatin Raya 2021 serta Inisiatif Program ICare4U Ziarah Kasih Ramadan ICU, JPM.

Seramai 104 penerima telah dikenal pasti daripada Daerah Kuching, Sri Aman, Sibu dan Miri untuk menerima sumbangan tersebut.

Pada 1 September 2021, Program Bantuan Kebajikan Orang Sakit dan Orang Kurang Upaya (OKU) telah diadakan di Lawas dan seterusnya pada 2 September 2021, Program Bantuan Bencana juga telah diadakan di Lawas.

Program CSR bantuan kebajikan orang sakit dan OKU oleh Pengarah PPN Sarawak di Lawas pada 1 September 2021

Menurut Pengarah PPN Sarawak YBhg. Dato’ Hasnul bin Mohamed, PPN Sarawak akan memberi fokus kepada Program Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) yang merangkumi empat teras strategik iaitu bantuan sosial, insurans sosial, intervensi pasaran buruh dan data serta tadbir urus.

Turut diberi tumpuan ialah keperluan Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS) merentas agensi yang meliputi elemen pekerjaan, insurans sosial dan bantuan sosial.

Pangkalan data ini bakal menjadi rujukan tunggal program dan profil perlindungan sosial negara. pendekatan baharu yang lebih berkesan dalam menyediakan liputan perlindungan sosial lebih menyeluruh terutamanya kepada kumpulan rentan dapat disediakan.

Lebih banyak isi rumah kategori miskin atau miskin tegar dapat dibantu dan dilindungi dengan jaringan keselamatan sosial negara yang diperkukuh dan diperluaskan melalui MySPC.

Bagi Seksyen pemantauan pula, beliau mendedahkan sejumlah RM26.1 juta telah diluluskan pada tahun 2021 untuk melaksanakan Projek Khas Bumiputera (PKB) Sarawak yang merangkumi empat (4) kluster iaitu;

  1. Kluster Pengukuran Tanah Adat (NCR) telah menyasarkan pengukuran perimeter sejumlah 40,000 hektar manakala 15,000 hektar bagi pengukuran individu
  2. Kluster Pembangunan Ekonomi adalah merupakan program yang dilaksanakan oleh MANRED, SALCRA dan DOA yang melibatkan program dialog pembangunan, penyelenggaraan ladang dan program sumber kekayaan baharu
  3. Kluster Mahkamah Adat telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Program Capacity Building di bawah Mahkamah Bumiputera Sarawak dan Majlis Adat Istiadat Sarawak serta Menaiktaraf Mahkamah Bumiputera Daerah Kecil Sematan
  4. Kluster Pembangunan Modal Insan adalah merupakan kursus bagi meningkatkan pendapatan dan penanaman rotan yang dilaksanakan oleh DOA.

Bagi tahun 2022, PKB akan diteruskan dengan tambahan 2 kluster yang pernah dilaksanakan sebelum ini iaitu Pembinaan Kemudahan Pendaratan Penumpang atau Passenger Landing Facilities (PLF), Pusat Pengumpulan (CC), dan Pusat Perkhidmatan Luar Bandar (RSC).

Dalam tempoh tiga tahun akan datang, Dato’ Hasnul bin Mohamed memastikan liputan perlindungan sosial dapat disediakan dengan lebih menyeluruh terutamanya kepada kumpulan rentan.

Selain itu, lebih banyak isi rumah kategori miskin atau miskin tegar akan dapat dibantu dan dilindungi dengan jaringan keselamatan sosial negara yang diperkukuh dan diperluaskan melalui MySPC.

Bantuan sosial yang diberikan juga tidak terhad kepada bantuan tunai atau pemberian bakul makanan sahaja sebaliknya, meliputi aspek mobiliti sosial serta nilai tambah yang boleh meningkatkan pendapatan mereka.

Inisiatif PKB juga dijangka akan mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan iaitu:-

  • Membasmi kemiskinan masyarakat bumiputera Sarawak;
  • Meningkatkan taraf pendapatan masyarakat bumiputera Sarawak;
  • Meningkatkan kualiti hidup masyarakat bumiputera Sarawak; dan
  • Menyelesaikan isu-isu berkaitan tanah adat masyarakat bumiputera Sarawak.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article