- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Mengurus Perubahan Budaya

Must read

Persidangan maya, iaitu E-Persidangan Mengurus Perubahan Budaya 2021 anjuran Unit Sumber Manusia Negeri (SHRU), Jabatan Ketua Menteri telah diadakan buat julung kalinya pada 2 September lalu dan dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan) YBhg Datu Dr. Sabariah Putit.

Persidangan berkenaan membincangkan perjalanan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SCS) dalam mengurus perubahan budaya atau MCC (managing culture change) sejak 2010 selari dengan visi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SCS) menjadi Perkhidmatan Awam Bertaraf Dunia dengan membariskan dua orang penceramah, iaitu Perunding dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Management and Science University (MSU), YBhg Profesor Datuk Dr Rohaizat bin Yon dan Ketua Pegawai Eksekutif TV Sarawak (TVS), Suhaimi bin Sulaiman.

YBhg Datu Dr. Sabariah memaklumkan, pendekatan program di bawah inisiatif MCC yang memberi fokus pada peringkat individu dan organisasi telah memberi kesan keseluruhan pada kadar 97 peratus manakala kecemerlangan kesan inisiatif tersebut pula telah membantu meningkatkan Skor Penarafan Budaya Tahunan SCS pada kadar 83 peratus, seterusnya menunjukkan tahap positif perubahan budaya dalam SCS.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhdmatan), Ybhg Datu Dr. Sabariah Putit menyampaikan ucapan aluan

Menurut beliau, agenda ke hadapan MCC juga telah dibangunkan pada 2018 selari dengan visi ekonomi digital dan Strategi Pembangunan Pasca COVID (PCDS) dengan menekankan tentang peningkatan kepimpinan, budaya digital, prestasi dan kesejahteraan dalam kalangan penjawat awam selain fokus terhadap membina kerajaan yang tangkas.

Sebanyak 20 siri program dalam talian berkaitan inisiatif MCC yang disertai kira-kira 13,000 penjawat awam negeri telah dijalankan sejak 2020 selain seramai 5,484 penjawat awam dan masyarakat juga telah mendapat manfaat daripada program sokongan tele psikososial oleh pasukan SCS-COP COVID-19 Task Force.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article