- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

MARDI Laksana Pelbagai Projek Berimpak Besar Dalam RMK-11 dan RMK-12

Must read

Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Sarawak telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM2.3 juta untuk melaksanakan pelbagai projek berimpak besar, antaranya;

  1. Pembangunan dan peningkatan skala padi hibrid dan inbred untuk meningkatkan tahap sara diri (SSL) negara
  2. Pembangunan usahawan tekno moden yang kompetitif di pasaran domestik dan global
  3. Pembangunan sistem pengeluaran buah-buahan terpilih dan varieti padi baharu serta pengurusan air dan tanaman bagi menangani perubahan cuaca ekstrim
  4. Pembangunan pakej teknologi makanan akuakultur berasaskan sumber protein atau tenaga baharu untuk mengurangkan kos makanan
  5. Peningkatan penerokaan buah-buahan baharu dan produk berkaitan untuk jaminan makanan, nutrisi dan perubahan cuaca
Pengarah MARDI Sarawak, Encik Mohammad Noor Adros Yahya

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah MARDI Encik Mohammad Noor Adros Yahya yang ditemu ramah RAKAN Sarawak secara dalam talian baru-baru ini.

Menurut beliau, dalam tempoh RMK-11, sebanyak lebih 80 teknologi telah dipindahkan sehingga berjaya memberi banyak manfaat kepada para petani di negeri Sarawak.

Namun begitu jelas beliau, impak pengembangan teknologi yang dibangunkan oleh MARDI kepada petani adalah berbeza mengikut komoditi dan keluasan tanah yang mereka miliki.

Misalnya, pembangunan varieti padi baharu yang rintang penyakit dan mampu meningkatkan hasil pengeluaran telah memberi manfaat kepada lebih 250,000 petani di seluruh negara.

Sekiranya penggunaan pakej teknologi dan amalan pertanian baik diterapkan sepanjang rantaian pengeluaran, seorang petani mampu meningkatkan hasil pengeluaran padi semusim sekali gus akan dapat meningkatkan pendapatan mereka.

Tidak dinafikan, peningkatan pendapatan petani adalah melalui penyelidikan yang dilakukan, sebagai contoh peningkatan hasil pengeluaran padi negara melalui suntikan inovasi dan mekanisasi moden.

Selain itu, pengeluaran buah-buahan premium untuk pasaran eksport, pengeluaran sayur-sayuran, florikultur, pengenalan kepada pertanian bandar serta industri ternakan juga menunjukkan peningkatan untuk memenuhi permintaan di peringkat domestik.

Seterusnya ialah projek ‘pemindahan teknologi’ melalui pengukuhan jalinan kerjasama antara agensi pengembangan dan industri membabitkan kawasan seluas 200 hektar yang akan dibangunkan dengan tanaman baharu atau varieti MARDI yang akan dilaksanakan di bawah RMK-12.

Menurut beliau, pihak MARDI telah mula merancang jenis-jenis bahan tanaman dan penyediaan bahan tanaman yang diperlukan untuk peserta pada tahun ini dan pada 2022, projek ini akan dilaksanakan dimana pihak MARDI akan mula mengambil peserta dan mengagihkan bahan tanaman.

Dalam perancangan MARDI ketika ini, terdapat dua (2) jenis tanaman yang disasarkan iaitu tanaman durian dan tanaman kelapa masing-masing seluas 10 hektar untuk peserta di Sarawak dan varieti yang dicadangkan adalah jenis MDUR88 yang telah dihasilkan oleh penyelidikan MARDI.

Durian varieti jenis MDUR88 telah dihasilkan oleh penyelidikan MARDI

Antara projek-projek lain yang telah dan akan dilaksanakan dalam RMK-12 ialah;

Pembangunan usahawan tekno moden yang kompetitif di pasaran domestik dan global
Pembangunan usahawan tekno moden yang kompetitif di pasaran domestik dan global
  1. Pemerkasaan teknopreneur agromakanan yang progresif dan kompetitif melalui pemindahan teknologi dan inovasi MARDI
  2. Pembangunan dan peningkatan skala padi hibrid dan inbred untuk meningkatkan SSL negara
  3. Pembangunan teknologi padi untuk kelestarian pengeluaran di jelapang, luar jelapang dan ekosistem tertentu bagi meningkatkan pendapatan petani
  4. Pembangunan pakej kejuruteraan pertanian bersepadu yang berimpak tinggi serta kos efektif bagi pengeluaran, pengendalian lepas tuai dan pemprosesan produk pertanian terpilih (padi, buah-buahan, sayur-sayuran)
  5. Pembangunan sistem pengeluaran buah-buahan terpilih dan varieti padi baharu serta pengurusan air dan tanaman bagi menangani perubahan cuaca ekstrim
  6. Pembangunan teknologi adaptasi dan mitigasi bagi kelestarian tanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan ternakan di bawah senario perubahan iklim.
  7. Pembangunan teknologi pemuliharaan air dan tanah bermasalah, terdegradasi dan baja pintar untuk peningkatan pengeluaran tanaman terpilih
  8. Pembangunan varieti, teknologi dan produk nilai tambah bagi tanaman ladang (kelapa, keledek, kopi dan tanaman berfungsi
  9. Peningkatan penerokaan buah-buahan baharu dan produk berkaitan untuk jaminan makanan, nutrisi dan perubahan cuaca
Pemerkasaan teknopreneur agromakanan yang progesif dan kompetitif
Sago log transporter
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article