- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pengurusan Pewarisan, Pengurusan Amanah dan Harta Pusaka di Sarawak

Must read

Amanah Raya merupakan syarikat milik penuh kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1921 yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Dahulunya juga dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya. Berbekalkan pengalaman selama 100 tahun, Amanah Raya menawarkan perkhidmatan Perancangan Pewarisan secara menyeluruh dan profesional.

Amanah Raya menyediakan perkhidmatan Perancangan Pewarisan kepada masyarakat Malaysia merangkumi Perkhidmatan Wasiat, Pengurusan Peramanahan dan Pentadbiran Pusaka.

Manakala Amanah Raya Cawangan Kuching pula telah mula beroperasi pada 1 Mac 1966 yang pada ketika itu pejabat terletak di bangunan Mahkamah Kuching. Setelah dikorporatkan pada tahun 1995, Amanah Raya Cawangan Kuching ini telah berpindah ke Wisma Saberkas selama hampir 10 tahun sebelum berpindah sekali lagi pada 1 April 2005 ke Bangunan Kueh Hock Kui, Jalan Tun Ahmad Zaidi Edruce.

Untuk memperkukuhkan lagi peluang perniagaan dan memberi kemudahan kepada pelanggan dan bakal pelanggan, Amanah Raya Cawangan Kuching telah berpindah sekali lagi ke pejabat yang lebih kondusif di Jalan Kulas Peti Surat 1364, Kuching,  Sarawak sehingga ke hari ini.

Pada 1 Julai 1967, Amanah Raya Cawangan Kuching telah mula mengguna pakai Administration of Estates Ordinance yang mana Amanah Raya diberi kuasa untuk mengeluarkan Surat Kuasa dan Geran Probet bagi bukan bumiputera khususnya di bahagian Kuching sahaja.

Pengurus Ketua Cawangan / Pengurus Cawangan Amanah Raya Sarawak, Encik Hamzah bin Mohamad

Selain pejabat Cawangannya di Kuching,  Amanah Raya turut memperluaskan perkhidmatan seluruh Sarawak, cawangannya di Sibu. Perkhidmatan Amanah Raya adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa dan agama.

RAKAN Sarawak berkesempatan menemu bual Pengurus Ketua Cawangan / Pengurus Cawangan Amanah Raya Sarawak, Encik Hamzah bin Mohamad untuk mendapatkan perkembangan terkini yang berkaitan dengan Amanah Raya Cawangan Sarawak.

Menurut Encik Hamzah bin Mohamad yang juga Pegawai Kuasa Wasiat / Probet Officer di Sarawak berkata Amanah Raya sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan pengurusan pewarisan terbaik termasuklah bidang perancangan pewarisan , perkhidmatan wasiat, pengurusan amanah dan pengurusan harta pusaka di Sarawak dalam masa yang sama memberikan jaminan bahawa urusan pewarisan dilakukan dengan teliti dan profesional

Kewujudan Amanah Raya Berhad atau lebih dikenali sebagai Amanah Raya bertapak hampir 100 tahun sudah pasti memperkukuhkan keyakinan tersebut

Beliau yang telah pun berkhidmat selama 30 tahun dalam bidang Amanah Raya berkata kewujudan Amanah Raya penting kerana institusi ini membawa “pesanan pewarisan  kita yang masih hidup” tanpa mengira pelbagai peringkat masyarakat golongan bawah mahupun atasan merentasi pelbagai kaum dan bangsa

Menurut beliau pada mulanya, tidak ramai yang menyedari kepentingan aspek penyediaan perancangan pewarisan, kerana ada merasakan masih terlalu awal, kurang faham, tidak kurang juga belum bersedia dari segi kewangan dan ada yang masih kurang yakin untuk mendekati agensi atau organisasi tertentu untuk melaksanakan tanggungjawab ini.

Jelasnya, mungkin ada masyarakat beranggapan bahawa AmanahRaya merupakan agensi pelaburan saham dan Institusi Kewangan.  Namun dengan adanya saluran media, aktiviti penerangan dan kemasyarakatan oleh AmanahRaya telah banyak memberikan kesedaran serta kefahaman masyarakat tentang perkhidmatan Perancangan Pewarisan yang disediakan oleh AmanahRaya.

Merancang Memperluaskan Perkhidmatan dan Pelaksanaan Projek

Menurut Encik Hamzah bin Mohamad, Amanah Raya telah melaksanakan permohonan Pindaan Estate Administration Ordinance sejak 2018 kepada Majlis Kerajaan Negeri Sarawak untuk memperluaskan lagi rangkaian perkhidmatan Amanah Raya di seluruh negeri Sarawak dan tidak hanya terhad di daerah Kuching sahaja.

Menerusi pindaan ini sekiranya diluluskan kelak, masyarakat di seluruh negeri Sarawak akan mendapat faedah dan kelebihan melalui perkhidmatan setempat yang ditawarkan oleh Amanah Raya, khususnya untuk masyarakat di luar bahagian Kuching.

Amanah Raya juga telah melaksanakan projek permohonan pindaan Pindah Milik Tanah di bawah Seksyen 193 dan 215 untuk memperluaskan bidang kuasa dalam pengurusan pindah milik tanah di Amanah Raya.

Perkhidmatan Wasiat

Wasiat merupakan dokumen Undang-Undang yang menyatakan arahan bagaimana aset anda ingin diuruskan selepas kematian.   Jika anda meninggal dunia tanpa berwasiat, Pusaka anda mungkin tidak dapat diserahkan kepada penerima yang dihajati.  
Pusaka merangkumi semua aset tak alih (rumah atau tanah) dan alih (akaun bank, saham, kereta dan sebagainya) yang didaftarkan di atas nama si mati. Aset tersebut hanya akan dibahagikan setelah hutang piutang, belanja pengebumian dan lain-lain perbelanjaan pentadbiran berkaitan kematian diselesaikan.  
Jika anda mempunyai Wasiat yang sah, anda dikategorikan sebagai ‘meninggal dunia dengan Wasiat’ di mana segala kemahuan dan arahan anda dinyatakan dengan jelas di dalam Wasiat tersebut.  
Wasiat hanya berkuat kuasa setelah anda meninggal dunia.
* Mana-mana individu berumur 18 tahun ke atas dan sempurna akal layak membuat Wasiat.
* Wasi atau Pentadbir adalah individu atau organisasi yang dilantik untuk memastikan hasrat anda dilaksanakan mengikut Wasiat anda dan undang-undang terpakai.
* Wasi bertanggung jawab menguruskan keseluruhan proses pentadbiran pusaka anda.
* Wasiat yang dirancang dengan baik akan memastikan kebajikan waris anda diutamakan dan dilaksanakan secara profesional.
* Wasiat memberi hak kepada anda untuk memilih penjaga yang boleh dipercayai untuk menjaga kebajikan anak-anak anda terutamanya yang di bawah umur dan orang kelainan upaya selepas anda meninggal dunia.  

AmanahRaya menawarkan perkhidmatan Wasiat bagi Orang Islam dan Bukan Islam.
Untuk Orang Islam
* Wasiat membolehkan anda memperuntukkan 1/3 daripada harta anda kepada mana-mana individu atau organisasi pilihan anda.
* Tanpa Wasiat, semua harta anda akan diagihkan mengikut Faraid atau mengikut permuafakatan waris.

Perkhidmatan Pengurusan Amanah

Akaun Amanah membantu anda menyediakan jaminan kewangan untuk mereka yang tersayang. Ia boleh dibuka oleh mana-mana individu atau pertubuhan korporat bagi manfaat penerima yang dihajati seperti penerima bawah umur, orang kelainan upaya dan bagi sebarang tujuan kebajikan dalam tempoh tertentu.  
Pelantikan AmanahRaya sebagai Pemegang Amanah berperanan untuk melaksanakan hasrat seperti yang terkandung di dalam Surat Ikatan Amanah. AmanahRaya menawarkan pelbagai jenis Akaun Amanah yang bersesuaian mengikut hasrat anda seperti Amanah Institusi, Amanah Safecare, Amanah Hartanah dan Amanah Kebajikan.   Bergantung kepada keperluan anda, anda mungkin memerlukan salah satu dari Akaun Amanah berikut. Namun, sebelum membuat sebarang keputusan, dapatkan khidmat nasihat daripada AmanahRaya supaya anda dapat membuat pilihan yang terbaik :

Amanah Institusi
Mana-mana institusi syarikat atau organisasi awam seperti kesatuan pekerja, badan kebajikan, koperasi, yayasan dan pengurus tabung persaraan boleh menubuhkan Akaun Amanah Institusi untuk manfaat penerima yang dinamakan.  

Amanah Safecare
Seseorang individu boleh membuka Akaun Amanah Safecare untuk penerima yang ditentukan sendiri olehnya bagi tujuan dana pendidikan, sara hidup atau seumpamanya.  

Akaun Amanah Lain
Standard Amanah Biasa
Amanah Terus
Amanah Hartanah
Amanah Kebajikan

Perkhidmatan Pentadbiran Pusaka

Pentadbiran Pusaka  
Pentadbiran Pusaka merupakan proses mengumpul dan menguruskan aset-aset dan hutang-piutang si mati dan mengagihkan Pusaka kepada waris yang berhak.  
Harta Pusaka merangkumi aset-aset seperti hartanah, harta benda dan pelaburan yang ditinggalkan oleh si mati.  
Pentadbiran Pusaka yang teliti dapat memastikan waris yang masih hidup mewarisi harta si mati. Sekiranya tidak ditadbir dengan baik, pengagihan pusaka akan menjadi satu urusan yang rumit dan memberikan tekanan serta mencetuskan kebimbangan waris. Mentadbir Pusaka boleh memakan masa selama tiga (3) bulan atau bertahun-tahun bergantung kepada jenis aset dan sebarang pertikaian yang mungkin timbul. Justeru itu, pemilihan Pentadbir sangat penting dalam menguruskan dan mentadbir Pusaka si mati.  

Geran Probet
Geran Probet dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil kepada pentadbir yang dinamakan di dalam Wasiat. Pentadbir mempunyai kuasa untuk mentadbir Pusaka sebaik sahaja Geran Probet dikeluarkan.  

Surat Kuasa Mentadbir
Surat Kuasa Mentadbir atau Akuan akan dikeluarkan apabila seseorang itu meninggal dunia tanpa Wasiat.  
Di Malaysia, terdapat 3 institusi yang mempunyai kuasa mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir iaitu Mahkamah Tinggi Sivil, AmanahRaya dan Unit Pembahagian Pusaka Kecil. AmanahRaya mengeluarkan Surat Kuasa dalam bentuk Akuan atau Arahan seperti yang dilindungi oleh Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.

Pengurusan Organisasi

Pelbagai Langkah dan kaedah telah diguna pakai di dalam menguruskan organisasi antaranya :

  • Mewujudkan dua (2) unit (operasi & pentadbiran) di cawangan yang berperanan untuk menguruskan hal ehwal pelanggan dan melicinkan proses pentadbiran cawangan.  Kaedah ini dapat membantu pengurusan organisasi dengan lebih sistematik.
  • Memberi Latihan kepimpinan kepada pegawai yang berkebolehan melakukan tugasan yang pelbagai (multitasking) agar mampu menguruskan cawangan dalam apa jua keadaan.
  • Menggalakkan pegawai berkongsi pendapat dan idea untuk menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan dan juga menggalakkan pegawai untuk mengemukakan sebarang idea atau cadangan bagi membantu menyelesaikan masalah di dalam organisasi, khususnya Amanah Raya Cawangan Kuching.
AmanahRaya turut menawarkan perkhidmatan Wasiat bagi Orang Islam dan Bukan Islam

Pengurusan Pelanggan

Amanah Raya telah menyediakan garis panduan pengurusan pelanggan bagi memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan di Amanah Raya

Jalinan hubungan kerjasama yang baik dengan Pegawai Kerajaan, Pejabat Daerah dan Pejabat Setiausaha Negeri Sarawak telah berjaya menarik pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan di Amanah Raya berdasarkan sokongan dan pengesyoran daripada pelbagai agensi kerajaan ini.

Hubungan kerjasama ini telah menjadikan Amanah Raya sebagai Badan Berkanun Persekutuan yang penting di negeri Sarawak

Bagi memudahkan perkhidmatan di antara penduduk luar bandar, jaringan komunikasi menerusi panggilan telefon dan aplikasi “Whatsapp” digunakan sebagai platform perantaraan utama untuk berkomunikasi dengan pelanggan, selain perkhidmatan dan maklumat dapat diberikan secara terus.

Penambahbaikan proses kerja

Bagi memastikan Amanah Raya Cawangan Kuching mengekalkan kualiti yang berorientasikan pelanggan dan mengekalkan mutu perkhidmatannya secara berterusan, penambahbaikan proses kerja telah dititik beratkan. Antaranya ialah :

  • Mengadakan sesi taklimat dan motivasi bersama pegawai Amanah Raya untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkhidmatan dan pengurusan pelanggan. Ini juga dilakukan bagi memastikan pegawai sentiasa bersemangat dan bersedia untuk melaksanakan tugasan.
  • Memastikan pegawai Amanah Raya yang berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang kepada cawangan akan diberi penghargaan.
  • Meraikan pegawai di cawangan dengan mengadakan program-program kekeluargaan.

Pencapaian lain-lain yang signifikan :

Amanah Raya Cawangan Kuching telah menerima penghargaan dari pihak pengurusan Ibu Pejabat Amanah Raya apabila menjadi salah sebuah cawangan terbaik yang menerima sijil Kecemerlangan bagi Prestasi Kewangan Terbaik Cawangan pada tahun 2019

Tambahan lagi, Amanah Raya Cawangan Kuching merupakan cawangan yang mempunyai dana Amanah Safe Care dan Institutional Trust Account (ITA) yang paling besar nilainya di Amanah Raya.

Pandemik Covid-19 di negara kita telah mengubah gaya hidup dengan keadaan norma baharu. Secara tidak langsung, ianya juga memberikan persepsi positif kepada masyarakat mengenai betapa pentingnya untuk memulakan Perancangan Pewarisan di peringkat awal.

Amanah Raya Cawangan Kuching juga tidak ketinggalan di dalam memastikan ketersediaan perkhidmatannya selain mempertingkatkan lagi kecekapan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan Amanah Raya. Antara inisiatif yang dirancang adalah :

  • Merangka Pelan Pemasaran cawangan yang lebih meluas kerana sekiranya permohonan Pindaan Estate Administration Ordinance dan Pindah Milik Tanah diluluskan oleh Majlis Kerajaan Negeri Sarawak, Amanah Raya berpeluang untuk meningkatkan pendapatan dan mengembangkan sayap perniagaan di seluruh negeri Sarawak.
  • Dengan memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan kepada masyarakat yang berada di pedalaman negeri Sarawak memberi kemudahan perkhidmatan Amanah Raya secara menyeluruh kepada masyarakat Sarawak khususnya yang berada di luar bandar.
  • Mengukuhkan penjenamaan Amanah Raya dengan mempergiatkan promosi mengenai fungsi dan peranan Amanah Raya dalam pelbagai platform media.
  • Mempertingkatkan lagi jaringan kolaborasi dengan Pegawai Daerah, Pejabat Residen, Ketua Komuniti dan masyarakat untuk menjadikan Amanah Raya sebagai pilihan utama masyarakat, khususnya bagi masyarakat luar bandar.
  • Mengekalkan hubungan akrab dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk memperluaskan jaringan perniagaan dan sokongan. Contohnya seperti KEMAS, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Tanah dan Survei serta Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak
  • Memperluaskan lagi kerjasama dengan bank-bank tempatan yang mempunyai cawangan di negeri Sarawak. Buat masa ini perkhidmatan Wasiat Amanah Raya boleh diperolehi melalui cawangan-cawangan Bank Rakyat, Agro Bank dan Bank Islam di Sarawak.
  • Perluasan kerjasama di antara Amanah Raya dan RAKAN Sarawak , kerana kami percaya ini dapat membantu kami untuk mencapai peningkatan jualan dan promosi produk Amanah Raya pada masa akan datang.

Seiring dengan perkembangan teknologi yang berlaku, AmanahRaya telah mengambil beberapa inisiatif bagi menambah baik akses komunikasi syarikat kepada seluruh rakyat negeri Sarawak

  • Memperkenalkan sistem Wasiat secara atas talian yang mana ianya boleh diakses secara terus melalui laman sesawang AmanahRaya.
  • Aplikasi ClickMyARB juga telah dibangunkan di mana, pendaftaran Wasiat boleh dilaksanakan dengan memuat turun aplikasi ini ke peranti mudah alih. Pelanggan juga boleh menetapkan tarikh janji temu terlebih dahulu sebelum mengunjungi cawangan AmanahRaya.
  • AmanahRaya juga telah memperkenalkan sistem SWAP Will di mana Rakan Strategik kami iaitu institusi perbankan boleh membuat semakan pendaftaran Wasiat, mendaftarkan Wasiat pelanggan dan mencetak Wasiat Asas AmanahRaya untuk pelanggan. Inisiatif ini menjimatkan masa dan mobiliti pelanggan, terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan daripada cawangan Kuching dan Sibu.
  • Pada masa akan datang, AmanahRaya juga bakal memperkenalkan satu sistem Pengurusan Amanah secara atas talian di mana sekarang ini ianya masih di dalam proses percubaan dan penambah baikan. Objektif sistem ini juga adalah bagi memudahkan mobiliti pelanggan.

Di negeri Sarawak, AmanahRaya merupakan satu-satunya institusi yang diberikan kuasa yang sama dengan Hakim Mahkamah dan mempunyai Pegawai Probet sendiri untuk meluluskan Geran Probet.

Memandangkan Cawangan Kuching telah menerima maklum balas pelanggan yang memberangsangkan, AmanahRaya telah berjaya membuka satu lagi cawangan di Sibu untuk memberi kemudahan kepada masyarakat yang berdekatan dengan daerah Sibu bagi mendapatkan perkhidmatan dan produk Amanah Raya.

Amanah Raya Cawangan Kuching

Berdasarkan data di AmanahRaya pada tahun 2018 sehingga Julai 2021, sebanyak RM18 juta dana Amanah telah diuruskan oleh AmanahRaya Cawangan Kuching. Manakala bagi Penulisan Wasiat sebanyak 570 Wasiat telah didaftarkan

 2018  20192020  Setakat Julai 2021  Jumlah  
Cawangan Kuching208  183  11168  570  
Cawangan Sibu  3051  485  
Amanah Raya Cawangan Sibu

Berikut adalah statistik dana Amanah yang diuruskan oleh AmanahRaya Cawangan Kuching dan Cawangan Sibu, Sarawak:

 2018  20192020  Setakat Julai 2021  Jumlah  
Cawangan Kuching6,154,447.99  5,765,463.79  3,766,089.97  3,115,863.7818,801 865.53  
Cawangan Sibu  1,874,508.23  2,308,684.35  17.560,11  4,200.752.69  
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article