- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Lawatan Kerja Setiausaha Persekutuan Sarawak ke Limbang

Must read

Setiausaha Persekutuan Sarawak, YBhg Dato’ Amir Bin Omar telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Bahagian Limbang pada 3 hingga 5 Oktober 2021 bagi mendengar serta melihat sendiri projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan Limbang.

Lawatan kerja rasmi beliau dimulakan dengan meninjau Projek Baik Pulih Hospital Limbang pada 4 Oktober bagi melihat status terkini pembinaan dan penyiapan bangunan tambahan Unit Rawatan Rasmi (ICU), Hospital Limbang.

Lawatan ke projek baik pulih Hospital Limbang

Hospital Limbang merupakan hospital utama yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan seperti kecemasan, pesakit luar, wad lelaki dan wanita, wad bersalin, wad kanak-kanak, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Klinik Pergigian, Klinik Mata, Makmal, Farmasi, Perkhidmatan Xray dan lain-lain.

Sejurus selepas lawatan ke Hospital Limbang, beliau mengadakan kunjungan hormat kepada Residen Bahagian Limbang, Ir. Denney Bin Haji Ahmad Fauzi untuk mendengar taklimat mengenai projek Pembangunan Persekutuan serta pembentangan mengenai projek pembangunan di Limbang oleh Tuan Residen sendiri.

Kunjungan hormat ke pejabat Residen Bahagian Limbang

Turut hadir semasa sesi pembentangan berkenaan ialah Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak, YBhg. Datu Ken Leben, Timbalan Residen Bahagian Limbang Tuan Haji Sebi Bin Haji Abang, Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang Dr. Norliza Binti Jusoh, Ketua Jabatan Imigresen Bahagian Limbang, Puan Khalthom Binti Ahmad serta wakil dari Jabatan berkaitan.

Pada sebelah petang, Setiausaha Persekutuan telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Limbang yang turut disertai oleh Pegawai Pendidikan Daerah Limbang, Haji Mat Zinan, Ketua Zon SDO Miri, Puan Hajiawati serta wakil dari Jabatan yang berkaitan.

Lawatan ke Pejabat Pendidikan Daerah Limbang
Lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Limbang

Lawatan berkenaan turut diselitkan dengan taklimat berhubung projek berkenaan daripada wakil kontraktor dari syarikat Erakristal Sdn. Bhd, Encik Aidiwijaya Bin Othman.

SK Tanjong yang baharu telah dibina untuk menempatkan warga sekolah SK Tanjong lama yang tidak selamat digunakan akibat hakisan tanah.

Pada sebelah petang pula, beliau telah mengadakan lawatan ke Projek Pembinaan Jalan Meritam,Telahak dan Buang Abai (Fasa 4), Bahagian Limbang yang diselitkan dengan sesi taklimat berhubung projek daripada wakil kontraktor.

Lawatan ke Projek Jalan Meritam

Projek jalan raya ini sangat penting kerana ia merupakan alternatif kepada penduduk yang mendiami kawasan sepanjang hulu sungai Limbang dan dijangka memberi manfaat kepada lebih10 buah kampung sekitarnya.

Pada 5 Oktober 2021, beliau telah mengadakan lawatan ke Pos Kawalan Imigresen Tedungan, Limbang untuk meninjau kemudahan di pos kawalan selain mendengar taklimat pembangunan berhubung Kompleks ICQS Tedungan yang disampaikan oleh TPPK Zulkefle Bin Lamudin.

Pada Jun lepas, Kerajaan Sarawak menerusi Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) telah memperuntukkan RM5 juta bagi menaik taraf Pos Kawalan Imigresen CIQS Tedungan ini.

Naik taraf tersebut meliputi pendawaian semula, pemasangan penghawa dingin, membina surau dan tandas awam dengan dijangka siap pada bulan November tahun ini.

Pos Kawalan Imigresen CIQS Tedungan ini menjadi pintu masuk utama bagi pengguna jalan darat dari Miri yang transit melalui negara Brunei Darusalam.

Pada sebelah petang itu juga, beliau sempat mengadakan lawatan ringkas ke Pejabat Pendidikan Daerah Limbang.

Rombongan lawatan yang turut dihadiri Ketua Zon SDO Miri Puan Hajiawati serta wakil daripada Syarikat Ambang Wira Sdn Bhd  telah disambut oleh Pegawai Pendidikan Daerah Limbang Tuan Haji Mat Zinan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article