- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Lawatan Kerja Setiausaha Kerajaan Negeri ke Sarikei

Must read

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Datuk Amar Jaul Samion telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Daerah Sarikei dan Pejabat Residen Sarikei bertempat di Wisma Jubli Mutiara pada 3 November 2021.

Lawatan kerja beliau bermula dengan menghadiri Mesyuarat Khas Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Projek Rakyat Bahagian Sarikei, kemudian diteruskan dengan Sesi Perjumpaan bersama Pejabat Daerah Sarikei dan Pejabat Residen Sarikei.

YB Datuk Amar Jaul Samion mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Daerah Sarikei dan Pejabat Residen Sarikei (sumber gambar: UKAS)

Seterusnya, beliau mengadakan tinjauan ke kaunter perkhidmatan Pejabat Daerah Sarikei dan Pejabat Residen Sarikei disusuli lawatan dan taklimat berkenaan projek Pusat Pentadbiran Bersepadu Sarikei (IAC) dan projek Menaik taraf Kemudahan Persatuan Akhlak Che Sea Khor.

Projek IAC Sarikei kini sedang dalam pembinaan dengan kos dianggarkan sebanyak RM400 juta dan ia merupakan satu-satunya projek bangunan berkonsepkan hijau di Sarikei dan bakal dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan moden.

Wisma Jubli Mutiara
Model pelan (pandangan dari atas) bangunan IAC Sarikei

Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, infrastruktur bangunan kerajaan di Bahagian Sarikei telah ditambahbaikkan dengan mewujudkan bangunan IAC ini.

Secara ringkasnya, bangunan IAC Sarikei dirancang untuk menghubungkan pusat pentadbiran Sarikei dan pejabat agensi lain dengan berkesan ke ibu pejabat masing-masing bagi memastikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti kepada penduduk setempat.

Apabila siapnya bangunan pejabat setinggi 12 tingkat ini kelak, ia akan menempatkan pelbagai agensi kerajaan negeri seperti Pejabat Residen Bahagian Sarikei, Pejabat Daerah Sarikei, jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawah perkhidmatan awam negeri.

Gambaran artis bangunan IAC Sarikei

Pembinaan bangunan IAC ini jelas membuktikan Kerajaan Sarawak amat mengambil berat akan pembangunan di Bahagian Sarikei.

Kewujudan pusat pentadbiran ini pasti akan memberi kesan yang sangat besar kepada rakyat kerana pengharapan mereka untuk mendapat perkhidmatan yang berkualiti pastinya amat tinggi.

Bangunan IAC yang terletak kira-kira 300-meter dari Wisma Bangunan IAC Sarikei Tingkat Mutu dan Kualiti Perkhidmatan Kepada Rakyat Jubli Mutiara 10 tingkat (bangunan lama pentadbiran Bahagian Sarikei) merupakan bangunan tertinggi dan pertama di Sarikei yang berkonsepkan Bangunan Hijau dan Bangunan Pintar (Green Building & Smart Building).

Projek pembinaan bangunan AIC yang dilaksanakan oleh syarikat LCDA Holding Sdn Bhd sepatutnya mengambil masa selama 30 bulan untuk siap, dan kerja-kerja pembinaan telah pun bermula pada Jun 2020 dan sepatutnya siap pada Januari 2023 kalau diikutkan jadual sebenar.

Bangunan IAC ini akan dilengkapi dengan teknologi canggih yang dapat digunakan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti kepada penduduk di Sarikei.

Bermakna, Sarikei akan mempunyai bangunan pintar mengikut kehendak kerajaan dalam menubuhkan bandar pintar seiring dengan kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Reka bentuk bangunan yang serba moden turut melambangkan kemajuan bandar Sarikei terutama komitmen Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada para penduduk di Bahagian Sarikei.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article