- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Setiausaha Kerajaan Negeri Melawat Tapak Projek RTP di Daerah Meradong

Must read

Setiausaha Kerajaan Negeri YB Datuk Amar Jaul Samion telah melawat tapak projek pembinaan Stadium Bola Keranjang Bintangor yang baharu di Daerah Meradong, Sarikei pada 4 November lepas.

Beliau diiringi oleh Residen Bahagian Sarikei Felicia Tan Ya Hua serta beberapa orang pegawai kanan Pentadbiran Bahagian Sarikei.

YB Datuk Amar Jaul mendengar taklimat daripada pihak JKR Sarawak tentang perkembangan projek RTP Gelanggang Bola Keranjang Bintangor yang baharu

Yang turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, YB Datuk Kuong Hiing, Pegawai Daerah Meradong Badjuri bin Bidin, Pegawai Daerah Sarikei Christopher Ranggau Unting dan Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri (SIMU), Jabatan Ketua Menteri Azmi bin Bujang.

Sejurus tiba di tapak projek, YB Datuk Amar Jaul mendengar taklimat daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak mengenai perkembangan projek berkenaan.

Beliau sebelum itu berkesempatan meninjau kaunter perkhidmatan Pejabat Daerah Meradong.

Projek pembinaan Stadium Bola Keranjang Bintangor merupakan salah satu projek yang dilaksanakan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di Daerah Meradong.

Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi melaksanakan fasa satu dan fasa dua pembinaan projek berkenaan.

Projek yang diletakkan di bawah seliaan Majlis Daerah Meradong dan Julau itu dijangka siap lebih awal daripada yang dijadualkan.

Lawatan YB Datuk Amar Jaul ke tapak projek RTP berkenaan adalah sebahagian daripada agenda lawatan kerja rasmi dua hari beliau ke Bahagian Sarikei.

Beliau dan rombongan juga telah mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah Pakan dan Pejabat Daerah Julau pada sebelah petang.

Sesi bergambar
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article