- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pelbagai Inisiatif Untuk Usahawan Adaptasi Teknologi Digital

Must read

Sejak penularan pandemik COVID-19 tahun lepas, Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) telah rancak melaksanakan pelbagai inisiatif dalam menggalakkan usahawan menggunakan dan mengadaptasi teknologi digital dalam perniagaan secara dalam talian

Demikian menurut Timbalan Ketua Menteri, Menteri Pembangunan Bandar & Sumber Asli II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Terminal Perindustrian & Pembangunan Usahawan, Sarawak, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan

YB Datuk Amar Haji Awang Tengah menyampaikan ucapan

Usaha tersebut juga, menurut beliau selarasdengan aspirasi Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan YAB Ketua Menteri, untuk Sarawak mengadaptasi ekonomi digital bagi mencapai hasrat menjadikan Sarawak sebagai sebuah negara maju, berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

Malah MINTRED juga telah diamanahkan oleh YAB Ketua Menteri untuk melaksanakan dua (2) inisiatif digital di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang iaitu; Program Go Digital Sarawak dan Digital Marketing Sarawak.

Melalui Program Go Digital Sarawak menurut beliau merupakan bantuan berjumlah RM 10,000 kepada para usahawan yang ingin mendapatkan peralatan serta keperluan digital bagi mengembangkan perniagaan mereka. Bantuan ini merangkumi pembelian hardware (sebagai contoh  Laptop, Digital Camera, Dron) dan software(sebagai contoh Epos System, Photoshop Tools, Social Media Token) bagi para usahawan untuk onboard perniagaan secara digital.

Selain itu, mereka yang menerima bantuan ini akan diberikan bimbingan dan dipantau selama enam (6) bulan bagi memastikan mereka dapat menggunakan peralatan dan keperluan digital dengan efektif.

Manakala melalui Digital Marketing Sarawak, pula adalah bantuan pembangunan kapasiti di mana para usahawan yang menyertai program ini akan diberikan latihan intensif secara handholding selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan.

Latihan intensif ini merangkumi pengurusan keusahawanan digital bagi pemula (startups) dan akreditasi digital entrepreneurship certification. Usahawan yang terpilih juga berpeluang untuk melanjutkan kemahiran mereka ke institusi digital businesses berprestij seperti Alibaba Academy dan ICDL Entrepreneurship Academy.

MINTRED bekerjasama dengan CENTEXS untuk melaksanakan program promosi produk usahawan Sarawak melalui saluran media sosial CENTEXS Commercial Media dengan peruntukan berjumlah RM50,000.

Selain program di atas, beliau turut berkongsi kejayaan kementeriannya dalam memperkenal dan melaksanakan platform online iaitu Facebook Bazaar Rakyat Online Sarawakku Sayang (BROSS) semasa bulan Ramadan pada tahun 2020 dan 2021.

Jelas beliau Program BROSS tersebut telah berjaya membantu para peniaga kecil dan penjaja untuk menjual produk mereka melalui media sosial yang setakat  tahun 2021, seramai 10,000 usahawan seluruh Sarawak telah terlibat dalam BROSS dan berjaya mencatat jualan sebanyak RM100 juta.

MINTRED juga menurut beliau, telah melaksanakan program Jum REGISTA dengan objektif memberi kesedaran dan pengetahuan kepada usahawan mikro, desa dan belia mengenai kepentingan memiliki lesen/permit perniagaan.

JUM REGISTA  seterusnya membantu mereka mendaftarkan perniagaan bagi membolehkan mereka menikmati bantuan dari pihak kerajaan mahupun pihak institusi kewangan yang setakat tahun 2020, seramai 1,392 usahawan telah berjaya mendaftarkan perniagaan mereka.

Selain bantuan dalam bidang digital dan pendaftaran perniagaan, MINTRED juga menawarkan beberapa bantuan kewangan dalam bentuk geran dan pinjaman mudah seperti Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS), Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK), Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV) dan Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS).

Secara ringkas, SPIKS adalah inisiatif Kerajaan Sarawak bagi membantu PKS Bumiputera termasuk usahawan mikro untuk mengembangkan perniagaan mereka dari segi modal kerja dan pembelian mesin serta peralatan.

Pinjaman mudah ini menawarkan pinjaman maksimum sehingga RM250,000 dengan kadar faedah serendah 4%. Setakat Oktober 2021, di bawah program SPIKS, Kementerian saya telah meluluskan sebanyak RM30.13 juta bantuan kewangan yang memberi manfaat kepada 411 PKS.

Di samping itu, bantuan kewangan sebanyak RM7.76 juta telah disalurkan kepada 652 usahawan di bawah program GERAK dan USTEV setakat ini.  Melalui bantuan kewangan maksimum RM20,000, para graduan dan lepasan institusi vokasional & teknikal dapat memula dan mengembangkan perniagaan mereka.

Manakala SKMS merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu usahawan dalam kalangan B40, mikro dan kecil untuk mengekalkan perniagaan mereka semasa penularan wabak Covid-19 ini.

Bantuan ini, jelas beliau adalah terbuka kepada semua kaum dan ianya menawarkan pinjaman maksimum RM50,000 dengan kadar faedah 0% hingga 4% untuk modal kerja, pembelian mesin serta peralatan atau ubahsuai premis. Bagi SKMS, kementerian telah meluluskan sejumlah 1,463 usahawan dengan nilai kelulusan sebanyak RM 48 juta.

Selain inisiatif di atas, MINTRED juga menurut beliau aktif mempromosikan produk tempatan Sarawak melalui Sarawak Produk Pavilion yang berpusat di Kuala Lumpur (SPP KL).

Jelas beliau SPP KL memainkan peranan penting sebagai hub untuk membantu mempromosi, mempamer, mengedar dan menjual produk usahawan Sarawak. 

SPP juga dilihat sebagai platform utama yang memberi peluang kepada usahawan Sarawak untuk mendapat akses kepada pasaran di Semenanjung Malaysia dan juga antarabangsa.

Setakat ini, seramai 250 usahawan telah mendaftar menggunakan platform SPP KL dengan jumlah produk sebanyak lebih 500 produk dan lebih ramai lagi usahawan Sarawak digesa mengambil peluang untuk mempromosikan produk mereka menggunakan SPP KL.

YB Datuk Amar Haji Awang Tengah melawat gerai pameran produk warisan Sarawak dan telah melancarkan produk “Linut Segera Lariss”

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran CENTEXS Commercial Media pada 11 November 2021 di Kuching.

Berkaitan dengan CENTEXS Commercial Media, di pihak MINTRED sememangnya menyokong dan mengalu-alukan kolaborasi bersama CENTEXS Commercial dalam mewujudkan CENTEXS Commercial Media.

Melalui kerjasama strategik ini juga, MINTRED percaya bahawa CENTEXS Commercial Media ini mampu menjadi ‘frontier’ dalam mempromosikan inisiatif ‘Sarawak Made Product’, yang sedang dilaksanakan sehingga tahun 2030 nanti.

CENTEXS Commercial Media mampu memainkan peranan yang lebih besar dalam usaha memartabatkan produk warisan Sarawak, sekali gus memberi impak yang sama kepada perkembangan ekonomi komuniti di Sarawak.

Info Tambahan

  1. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mewakili 98.5% daripada komuniti perniagaan termasuk perusahaan mikro, komuniti luar bandar, kumpulan B40, pembekal dan sebagainya.
  2. Golongan ini memainkan peranan penting dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara termasuklah negeri Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article