- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Keterangkuman Digital Menerusi Program Randau Digital

Must read

Program Randau Digital Sarawak yang telah diadakan di Rumah Johnson, Kampung Seduku Panjai, Lingga, Sri Aman merupakan salah satu inisiatif keterangkuman digital oleh Kerajaan Negeri dalam usaha mengurangkan jurang digital di kalangan komuniti setempat khasnya di luar bandar.

Menurut Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Jaul Samion, objektif utama program Randau Digital adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat di luar bandar mengenai perkhidmatan-perkhidmatan atas talian oleh Kerajaan Negeri yang boleh dicapai melalui www.sarawak.gov.my.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Jaul Samion berucap semasa Majlis Perasmian Program Randau Digital di Lingga

Jelas beliau, Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan salah satu inisiatif digital iaitu pengenalan diri digital yang dikenali sebagai ‘Sarawak Id’ untuk mengakses semua perkhidmatan atas talian Kerajaan Negeri tidak mengira jabatan atau agensi yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Rakyat Sarawak hanya perlu mendaftar id ini sekali sahaja untuk menggunakan apa-apa perkhidmatan atas talian Kerajaan Negeri justeru, beliau berharap agar semua peserta yang hadir pada hari tersebut mengambil peluang untuk mendaftarkan Sarawak Id mereka.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa satu akaun Sarawak Id ini hanya sah untuk seorang pemegang kad pengenalan sahaja dan ianya juga didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan apabila menggunakan perkhidmatan atas talian.

Sarawak Id (Penganalan diri digital) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Program Randau Digital Sarawak di Rumah Johnson, Kampung Seduku Panjai, Lingga pada 12 November 2021.

Program Randau Digital pada hari tersebut dimulakan dengan Taklimat Perkhidmatan Atas Talian dan Sarawak Id yang disampaikan oleh Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri (UPPN), Jabatan Ketua Menteri dan pihak Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS).

Pengguna perlu memiliki Sarawak Id untuk menggunakan apa-apa perkhidmatan dalam talian Kerajaan Sarawak

Selepas itu, program diteruskan dengan Taklimat PANDei (People Accessible, Network, for Digital Empowerment & Inclusivity), satu penerangan tentang literasi digital yang disampaikan oleh pihak Pustaka Negeri Sarawak.

Encik Edison Ricket dari Pustakan Negeri Sarawak menerangkan tentang ‘Pustaka in a Box’ kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Jaul Samion

Selain daripada itu, satu perkongsian tentang perkhidmatan bantuan yang disampaikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat turut diselitkan dalam acara Program Randau Digital.

Oleh itu, Datuk Amar Jaul Samion menyeru agar masyarakat setempat dapat terlibat secara aktif dalam program berkenaan yang mendatangkan banyak manfaat kepada mereka.

Antara perkhidmatan yang disediakan sempena Program Randau Digital yang diadakan di Rumah Johnson ialah;

  • Perkhidmatan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak;
  • Perkhidmatan permohonan jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri (PANS);
  • Bantuan Khas Sarawakku Sayang(BKSS) 7.0 kepada Small Medium Enterprise (SME);
  • Bantuan Kewangan Skim Mikro Kredit; dan
  • Banyak lagi perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Pada sebelah petang pula, berlangsungnya sesi interaktif di mana para peserta boleh mendaftar sendiri Sarawak Id dan menerokai sendiri pekhidmatan-perkhidmatan atas talian yang terdapat dalam www.sarawak.gov.my.

Selain itu, terdapat juga kaunter Jabatan Kebajikan yang menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti Bantuan Bulanan Kebajikan, Kenyalang ‘Gold Card’ untuk warga emas 60 tahun ke atas, Bantuan Ikhsan Kematian, Bantuan Ibu Bersalin, Bantuan Pesakit Buah Pinggang dan sebagainya.

Pegawai-pegawai daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut terlibat untuk membolehkan peserta mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti i-Suri, pendaftaran i-akaun serta perkhidmatan konsultasi berkenaan dengan produk-produk dan perkhidmatan KWSP di kaunter mereka.

Pihak Pustaka Negeri juga turut mengadakan beberapa aktiviti di kaunter mereka seperti pameran, kuiz, permainan untuk kanak-kanak serta reading seeds kits.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article