- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

LPB Seksyen Julau Dibuka Secara Rasmi

Must read

Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak, Seksyen Julau dibuka dengan rasminya pada hari ini (20 November 2021) dengan majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg bersama Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof.

Pembinaan LPB bagi Kontrak Pakej Kerja atau Work Package Contract (WPC) 07 Seksyen Julau, sepanjang 28.5 km melibatkan kos pembinaan sebanyak RM537.4 juta. Ia adalah sebahagian daripada keseluruhan tiga (3) jajaran WPC07 dari Persimpangan Bintangor ke Jambatan Sungai Kua sepanjang 75 kilometer.

Secara keseluruhan, skop pembinaan jalan ini akan melibatkan kerja-kerja menaik taraf daripada dua buah lorong dua hala (single carriageway) kepada empat buah orong dua hala (dual carriageway).

Skop pembinaan jalan ini akan melibatkan kerja-kerja menaik taraf daripada dua buah lorong dua hala (single carriageway) kepada empat buah lorong dua hala (dual carriageway)

Apabila keseluruhan jajaran WPC07 siap kelak, ia akan menyediakan akses perhubungan darat yang selesa dan cekap terutama kepada penduduk di sekitar kawasan Sarikei dan Bintangor ke Kanowit dan Sibu.

Laluan ini juga akan membantu dalam mempermudah urusan logistik dan pasaran hasil pertanian khususnya di kawasan Julau. Kesalinghubungan jaringan pengangkutan yang baik secara tidak langsung akan merangsang aktiviti sosioekonomi penduduk setempat, mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan sekali gus mengurangkan ketidakseimbangan antara wilayah.

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak merupakan projek Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan Kementerian Kerja Raya sebagai pemilik projek dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak selaku Pegawai Penguasa Projek.

Projek tersebut ialah komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dalam mewujudkan pembangunan yang mampan, seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat, etnik dan wilayah.

Ia selaras dengan Teras Strategik Keenam di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 iaitu Keterangkuman Wilayah.

Kesalinghubungan jaringan pengangkutan yang baik secara tidak langsung akan merangsang aktiviti sosioekonomi penduduk setempat khususnya di Julau
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article