- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Projek RTP Bermakna Buat Rakyat di Limbang

Must read

Penduduk di Bahagian Limbang sememangnya mempunyai harapan tinggi untuk setiap Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang dilaksanakan meskipun ia mungkin merupakan projek berskala kecil, namun kesan secara keseluruhan terhadap penduduk di sini amatlah bermakna.

Projek RTP dilihat sangat penting buat penduduk di Limbang kerana ia telah dapat menyediakan kemudahan yang lebih selesa untuk kehidupan seharian mereka.

Misalnya projek infrastruktur jalan telah dapat menyediakan keselesaan mobiliti dan pergerakan penduduk kampung dengan lebih lancar.

Projek menaik taraf kemudahan gelanggang futsal pula telah dapat menyediakan kemudahan kepada penduduk kampung untuk bersukan dan beriadah dengan lebih selesa.

Projek bina baharu dan naik taraf dewan serbaguna pula telah dapat menyediakan kemudahan kepada penduduk kampung untuk mengadakan perbincangan dan majlis dengan lebih selesa manakala projek naik taraf masjid dan gereja dapat membantu orang ramai untuk beribadah dengan lebih selesa.

Projek Membina Dewan Serbaguna Kampung Medait

Setiap projek RTP di sekitar kawasan Bahagian Limbang dapat dilaksanakan dengan baik selain penyediaan spesifikasi perlu diteliti dari pelbagai sudut bagi memastikan kejayaan projek.

Beberapa projek RTP sudah selesai dilaksanakan pada tahun ini dan baki projek sedang rancak dibina termasuk di kawasan luar bandar.

Pada 21 April 2021, Jabatan Kerja Raya (JKR) Limbang telah menyerahkan projek siap iaitu Projek Naik Taraf Gelanggang Bola Keranjang SJK(C) Yuk Hin, Limbang kepada Guru Besar SJK(C) Yuk Hin Limbang sambil disaksikan oleh Ahli-ahli Lembaga SJK(C) Yuk Hin.

Dengan siapnya projek ini, ia telah memberi kemudahan kepada semua guru dan pelajar di sekolah berkenaan khususnya untuk menjalankan pelbagai aktiviti kokurikulum.

Pada 13 Ogos 2021, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyerahkan projek siap iaitu Projek Pembinaan Gelanggang Futsal Kampung Bakol bernilai RM120 ribu kepada Ketua Kampung Bakol disaksikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia YB Datuk Haji Hasbi Bin Habibollah.

Projek Pembinaan Gelanggang Futsal Kampung Bakol bernilai RM120 ribu

Dengan siapnya projek tersebut, ia akan memberikan kemudahan dan manfaat kepada penduduk sekitar Kampung Bakol untuk melakukan aktiviti dan riadah.

Pada tahun ini juga, projek bina baru Balai Bomba Mini Pasukan Bomba Sukarela Kampung Pengkalan Madang bernilai RM70,000 dan projek pembinaan Pusat Belia Bersepadu (Integrated Youth Center) Limbang bernilai RM2,000,000 telah siap sepenuhnya.

Balai Bomba Mini Pasukan Bomba Sukarela Kampung Pengkalan Madang bernilai RM70,000

Tujuan pembinaan balai bomba mini tersebut adalah untuk mempercepatkan kerja-kerja memadam kebakaran di kawasan luar bandar termasuk rumah panjang dan kawasan sekitar.

Secara tidak langsung, kewujudan balai bomba ini dapat mendidik masyarakat sekitar tentang kepentingan kesedaran keselamatan kebakaran.

Kewujudan balai bomba mini ini juga penting untuk tugas-tugas lain seperti khidmat kemanusiaan termasuk melindungi nyawa dan harta benda semasa berlakunya sebarang bencana terutama banjir seperti yang berlaku pada tahun 2015.

Manakala, pembinaan Pusat Belia Bersepadu bertujuan untuk menyediakan tempat di mana golongan muda boleh melakukan aktiviti rekreasi yang sihat seperti memanjat dinding, gim dan sebagai taman permainan selain turut menyediakan bilik mesyuarat, ruangan belajar dan perpustakaan mini.

Untuk rekod, pada tahun 2019, sebanyak 124 projek RTP bernilai RM18,533,046 telah dilaksanakan manakala 66 projek RTP bernilai RM31,286,590 telah dilaksanakan di Bahagian Limbang.

Projek Menaiktaraf Jambatan Gantung Kampung Long Serangan di Medamit
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article