- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar Beri Akses Tingkat Taraf Hidup

Must read

Membangunkan Sarawak, sebuah negeri yang sangat luas bukanlah sesuatu yang mudah bahkan merupakan satu cabaran yang besar buat Kerajaan Sarawak.

Meskipun begitu, Kerajaan Sarawak terus komited dalam usaha menyediakan infrastruktur di kawasan luar bandar bagi memastikan rakyat Sarawak tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Dalam usaha merancakkan pembangunan pendigitalan, pembangunan di kawasan luar bandar tidak pernah diabaikan dan salah satu fokus kerajaan adalah untuk mengatasi masalah bekalan air bersih, tenaga elektrik, infrastruktur jalan dan meningkatkan akses capaian Internet.

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada sidang media setelah mempengerusikan Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022

Dalam Belanjawan Negeri 2022, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sejumlah RM1.18 bilion bagi memperhebatkan pembangunan infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan, pelabuhan serta infrastruktur sungai di seluruh Sarawak.

Pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar ini sangat penting kerana ia adalah satu-satunya cara untuk meningkatkan taraf hidup penduduk termasuk meningkatkan pendapatan, taraf pekerjaan dan pendidikan mereka.

Misalnya, pembinaan jalan raya yang baik mampu meningkatkan sosioekonomi selain memberikan kemudahan kepada masyarakat untuk berhubung dari satu daerah ke daerah yang lain dengan lebih mudah serta menjimatkan masa perjalanan mereka.

Pembangunan infrastruktur dalam sektor pembinaan pula dapat menjadi pemangkin kepada usaha menjamin kesejahteraan rakyat selain merancakkan lagi aktiviti ekonomi di kawasan-kawasan tersebut.

Pembinaan jalan serta jambatan terutama di kawasan luar bandar merupakan satu tindakan yang proaktif diambil oleh kerajaan Sarawak bagi memastikan kawasan di luar bandar turut mendapat kemudahan yang sepatutnya.

Perkara ini penting supaya rakyat yang berada di luar bandar dapat diakses serta melakukan aktiviti harian mereka dengan selesa.

Pembinaan jalan raya yang baik mampu meningkatkan sosioekonomi di kawasan luar bandar

Hal ini bermaksud, dengan adanya pembinaan jalan raya, kemudahan bekalan elektrik dan sebagainya ia dapat membantu penduduk di kawasan luar bandar menjalankan kegiatan mereka terutama berkaitan dengan kegiatan ekonomi.

Berbalik kepada Belanjawan Negeri 2022, sejumlah RM6.6 bilion daripada RM10.646 bilion telah disalurkan kepada Akaun Dana Pembangunan bagi membiayai pelaksanaan pelbagai projek serta program pembangunan.

Sejumlah RM7.509 bilion akan disediakan untuk Anggaran Perbelanjaan Pembangunan di bawah Belanjawan 2022 yang akan diagihkan kepada sektor-sektor utama seperti sektor ekonomi (RM5.371 bilion), sektor sosial (RM1.905 bilion) dan sektor pentadbiran am (RM233 juta).

Manakala, lebih 70 peratus telah diperuntukkan bagi projek-projek pembangunan dan penyediaan infrastruktur asas di kawasan luar bandar.

Sejumlah RM4.803 bilion atau 64 peratus daripada jumlah perbelanjaan pembangunan akan diperuntukkan untuk melaksanakan pelbagai projek infrastruktur berasaskan desa dan program berfokus rakyat.

Jambatan Saribas di Daerah Song

Usaha tersebut dilakukan bagi mengatasi ketidakseimbangan bandar dan luar bandar di samping mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan peluang perniagaan kepada rakyat.

Pembinaan projek infrastruktur utama seperti jaringan jalan raya, lapangan terbang dan pengangkutan bandar juga akan terus dilaksanakan tahun depan.

Penduduku di luar bandar dibekalkan dengan bekalan air bersih

Pelaksanaan projek ini akan memberikan akses, hubungan yang lebih besar dan akan membuka lebih banyak kawasan luar bandar untuk pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi yang lain.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada sidang media setelah mempengerusikan Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 12 Oktober 2021.

Tangki bekalan air yang dibekalkan di sesetengah kawasan luar bandar

Belanjawan Sarawak 2022, dengan tema ‘Bersatu Membina Masyarakat Yang Cekal, Inklusif dan Progresif’ terarah kepada usaha mengurangkan jurang antara penduduk kawasan bandar dan luar bandar daripada aspek ekonomi, komunikasi dan infrastruktur.

Belanjawan Sarawak 2020 ini dirangka dengan mengambil kira lapan (8) Teras Strategik untuk;

  1. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi
  2. Merangsang pelaburan swasta
  3. Menjana pekerjaan menerusi pelaburan awam
  4. Membina ekonomi yang menjana pendapatan dan lebih berdaya saing iaitu;
    • Melindungi kehidupan dan punca pendapatan
    • Mengemudi pemulihan ekonomi
    • Memudahkan dan memelihara pemulihan perniagaan
    • Mengubah pertanian dan ekonomi luar bandar
    • Membangunkan modal insan
    • Mempercepatkan penggunaan digital dan data
    • Mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan kelestarian alam sekitar
    • Mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan dan kapasiti kerajaan
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article