- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Memperkasakan Ekonomi Komuniti Melalui Perusahaan Sosial

Must read

Siapa sangka niat asal, Sulie Abell, berasal dari Simanggang berusaha mencari produk penjagaan kulit semula jadi sebagai perawatan alternatif bagi mengatasi masalah kulit ekzema yang kronik telah membuka berapa pintu kemajuan khasnya peningkatan ekonomi bagi diri dan orang di sekitarnya.

Sulie berkongsi rentetan perjalanan ini kepada RAKAN Sarawak yang sempat menemu bual beliau yang juga seorang peserta TEGAS Digital Village (TDV)  baru-baru ini.

Sulie yang pada peringkat awalnya hanya membuat beberapa ujian dan kajian serta membuat produk penjagaan kulit semula jadike atas dirinya sendiri, nau tapa diduganya usahanya itu berjaya menyembuhkan kulitnya.

Pengasas Sluvi memilih projek penjagaan kulit sebagai asas kepada perusahaan sosial yang mengutamakan aspek kesihatan, keselamatan produk dan penjagaan alam sekitar
Sluvi Natural Skincare menekankan kepada kepentingan menggunakan produk semula jadi melalui sumber yang sedia ada dengan memberikan impak positif kepada petani tempatan. Antara produk menarik dari Sluvi Natural Skincare ialah Stingless Bee Honey Soap, Sluvi Aloe Green Tea Face Mask, Sluvi Rice Face Mask dan banyak lagi

Menariknya, kesemua bahan-bahan semula jadi yang dicubanya itu mudah diperoleh di belakang rumah di kampungnya, Melugu Simanggang.

Semasa mencari bahan-bahan semula jadi di kawasan kampungnya, Sulie terserempak dengan seorang penternak kelulut yang bernama Nancy yang kemudian menunjukkannya  hasil penternakan kelulut dia dan tanaman asli yang lain.

Ketika berbual-bual dengan Nancy, Sulie mendapat tahu separuh dalam kalangan petani di situ hanya memperoleh pendapatan kurang dari RM200 sebulan.

Keadaan itu membuatkan Sulie berfikir untuk membantu petani-petani di kawasan ini dan situasi itu juga telah menginspirasikannya untuk memulakan Sluvi.

Sluvi merupakan perusahaan sosial yang memperkasakan para petani di kampungnya dengan mengambil bahan-bahan asli dari mereka dan ditukarkan kepada produk penjagaan kulit semula jadi.

Sluvi ialah perusahaan sosial yang memperkasakan petani dengan mendapatkan bahan semula jadi daripada mereka dan mencipta produk penjagaan kulit semula jadi yang selamat untuk alam sekitar dan manusia

Melalui Sluvi para petani di kawasan berkenaan akan berupaya meningkatkan pendapatan dan produktiviti mereka.

Sluvi kini sudah beroperasi lebih dua (2) tahun.

Nama Sluvi merujuk kepada akronim Slu iaitu panggilan bagi dirinya manakala V dan I bermaksud Vision dan Initiative.

Ketika ditanya bagaimana timbulnya minat terhadap aktiviti-aktiviti sosial ini (walaupun pada asalnya bidang pengajiannya dalam bidang politik), jelasnya ia bermula sejak zaman universiti.

Inspirasi bermula apabila hari pertama masuk kelas di universiti, belajar tentang usahawan sosial yang bernama Muhammad Yunus dari Bangladesh menjalankan mikro kredit yang memperkasakan peniaga-peniaga kecil terutamanya di kalangan wanita.

Apabila mendapat tahu, TDV ini sudah beroperasi, dia merasakan inilah peluang terbaik untuk menggunakan kemudahan yang disediakan untuk memudahkan kerja operasi Sluvi terutamanya dengan penggunaan internet.

Jelas Sulie lagi, di TDV mudah baginya membuat rangkaian perniagaan di antara usahawan-usahawan serta mencari “bakat” jika pihaknya memerlukan bantuan dalam bidang digital.

Ketika ditanya sejauhmana penglibatannya dalam aktiviti keusahawanan dan inovasi digital yang dianjurkan oleh pihak TDV/Digital lnnovation Hub (DIH) jelasnya sebelum ini dia pernah menyertai dua program yang dianjurkan oleh TEGAS Innovation Hub iaitu TEGAS PreAccelerator Prgram dan Shell Malaysia LiveWire.

Menurut Sulie lagi, manfaat terbesar yang diperoleh melalui aktiviti tersebut ialah ia mempersiapkan dirinya sebagai usahawan bagi memulakan perniagaan (start-up) dan mengetengahkan  betapa pentingnya digital dalam mana-mana syarikat permulaan sekarang.

Walaupun Sluvi merupakan perusahaan sosial, pihaknya tetap menerapkan unsur-unsur digital yang lebih memudahkan operasinya dan melalui penyertaannya dalam program berkenaan, dia amat teruja kerana melaluinya ia telah membuka jalan untuknya menyertai program-program lain, salah satunya Stanford Go To Market Program dan juga program perusahaan sosial, MAGIC Impact Driven Enterprise Accreditation (IDEA).

Malah penyertaannya dalam program Shell LiveWire telah menobatkan dia salah seorang pemenang lima teratas dan melayakkan dia membawa pulang geran sebanyak RM15,000 untuk memulakan Sluvi.

Penyertaannya dalam program Shell LiveWire tersebut, dia merupakan salah seorang pemenang Top 5 dan berjaya membawa pulang geran sebanyak RM 15,000 untuk permulaan start-up Sluvi

Sulie berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan oleh TDV. Bagi Sulie kemudahan yang disediakan di sini setanding dengan piawaian peringkat antarabangsa. Ia juga memberi akses dalam memaksimumkan kemahiran, operasi, pemasaran dan menjadi batu loncatan untuk usahawan-usahawan terutamanya usahawan dalam bidang digital.

Sulie berkata sebaik sahaja berada dalam TDV ini, mereka akan dimaklumkan  info-info terkini yang berkaitan dengan keusahawanan, seperti bengkel, seminar, kursus dalam talian, melalui e-mel dan juga teks  pesanan ringkas.

Di samping itu, persekitaran eko-sistem usahawan yang dibina sangat memberangsangkan dan terkini sejajar dengan keperluan semasa dan antarabangsa.

TDV senantiasa mengalu-alukan dan menggalakkan usahawan-usahawan di bawah bimbingan untuk mereka lebih kerap datang ke situ dan memaksimumkan kemudahan yang ada.

Di samping itu, TDV mempunyai ramai  rakan kolaborasi keusahawanan yang terbaik di sekitar Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

Boleh dikatakan TDV adalah platform yang membuka jalan kepada usahawan-usahawan yang ingin membawa perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi seperti peluang untuk terlibat dalam program TV, crowfunding, ekspo antarabangsa, kolaborasi, bimbingan dan sebagainya.

Sulie sebagai usahawan di bawah bimbingan mereka, syarikat permulaan beliau sudah banyak menikmati peluang yang diberikan dan sekarang sudah membuahkan hasil.

Nasihat Sulie kepada yang ingin menceburi bidang keusahawanan digital, mereka perlu rajin mencari peluang untuk memajukan perniagaan mereka. 

Sulie ketika ditemu bual RAKAN Sarawak di TEGAS Digital Village yang turut berkongsi kemudahan dan manfaat yang disediakan di sana

Selain itu, jelas Sulie, ada beberapa agensi kerajaan yang boleh membantu dan menyediakan kursus dan kewangan seperti Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri, Terminal Perindustrian & Pembangunan Usahawan (MINTRED) Sarawak, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC).

Boleh ikuti media sosial mereka untuk mendapatkan informasi tentang bantuan wang diberikan.

Malah, program-program yang dianjurkan kebanyakannya percuma, bantuan kewangan, ada geran yang ditawarkan dan peserta perlu menggunakan peluang yang ada sebaik-baiknya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article