- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Teknologi Hijau Terus Diperkasa Dalam RMKe-12

Must read

Penggunaan teknologi hijau perlu dipertingkatkan kerana ia dapat meminimumkan kesan negatif kepada alam sekitar, meningkatkan tahap kehidupan serta memelihara ekosistem kita.

Antara contoh teknologi hijau yang terdapat di Malaysia ialah Kereta Hibrid seperti Toyota Prius Hybrid dan Toyota Camry Hybrid yang tidak bergantung kepada kuasa bateri atau petrol tetapi menggunakan tenaga elektrik untuk bergerak.

Kereta Hibrid seperti Toyota Prius Hybrid dan Toyota Camry Hybrid yang terdapat di Malaysia menggunakan tenaga elektrik untuk bergerak

Pada dasarnya, kereta hibrid menggunakan lebih daripada satu sumber tenaga namun ia mempunyai banyak kelebihan antaranya, dapat menjimatkan kos bahan api dan juga mesra alam sekitar.

Contoh teknologi hijau lain yang terdapat di Malaysia ialah sistem Fotovolta terapung, berfungsi untuk menyerap cahaya matahari sebagai sumber tenaga bagi menghasilkan tenaga elektrik atau haba.

Sistem Fotovolta terapung antara teknologi hijau yang terdapat di Malaysia

Salah satu kelebihan pemasangan panel Fotovolto (PV) Solar di atas permukaan air ialah, ia mampu meningkatkan tahap kecekapan penjanaan tenaga.

Merujuk hasil kajian yang dilaksanakan oleh Penyelidik teknologi hijau (PNB), air yang menyejukkan panel solar akan menghasilkan tenaga pada tahap optimum manakala tenaga solar yang diserap oleh PV yang dipasang pada bangunan atau di atas tanah akan berkurangan apabila suhu semakin tinggi.

Antara contoh teknologi hijau yang digunakan di seluruh dunia ialah turbin stim (jana kuasa elektrik) yang merupakan alat mekanikal yang menggunakan tenaga haba daripada tekanan stim.

Berbanding enjin stim piston yang dicipta lebih awal, turbin stim mempunyai kecekapan haba yang lebih baik dan pada tahun 2017, negara China merupakan pengeluar stim turbin tertinggi.

Turbin stim (jana kuasa elektrik) merupakan alat mekanikal yang menggunakan tenaga haba daripada tekanan stim

Teknologi hijau ini bukan saja dapat mengurangkan impak negatif kepada kesihatan manusia, tetapi menjadi alternatif untuk menggalakkan perkembangan ekonomi, mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dan meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap teknologi hijau.

Melihat impaknya yang begitu besar ini, wajarlah apabila Kerajaan giat melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan penggunaan teknologi hijau demi masa hadapan bumi dan manusia.

Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan perkhidmatan bas awam yang digerakkan oleh tenaga elektrik yang pertama di Malaysia

Seperti yang kita sedia maklum, salah satu fokus utama Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) ialah untuk mempercepatkan pertumbuhan hijau.

Ketika membentangkan RMKe-12 di Dewan Rakyat pada 27 September 2021, Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa pembangunan ekonomi tidak seharusnya menjejaskan alam sekitar, sebaliknya liputan kawasan hijau perlu dipertahankan.

Tambah beliau, usaha untuk mempercepat pertumbuhan hijau, mempertingkat kemampanan tenaga dan mentransformasi sektor air harus kekal menjadi teras pembangunan sosioekonomi negara.

Sehubungan itu, Kerajaan akan mengambil kira prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam proses membuat keputusan.

Walaupun Malaysia hanya menyumbang 0.7 peratus kepada pelepasan gas rumah kaca (GHG), Kerajaan akan terus memenuhi komitmen untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG sehingga 45 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2030.

Kerajaan komited untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG sehingga 45 peratus kepada KDNK pada tahun 2030

Beliau menyambut baik inisiatif sektor swasta termasuk komitmen syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang telah mengambil langkah ke hadapan melalui komitmen bagi mencapai net zero carbon emissions.

Menurut beliau, langkah ini menjadi semakin penting apabila rakan dagangan, pasaran modal dan institusi kewangan meletakkan syarat pematuhan kepada prinsip ESG dalam keputusan pelaburan dan pengeluaran produk mereka.

Justeru, kerajaan akan memperhebatkan kerjasama dengan pihak swasta dalam menjayakan matlamat ini, dan bagi menyokong usaha tersebut, instrumen ekonomi seperti nilai ekonomi karbon (carbon pricing) dan cukai karbon akan diperkenalkan.

Sementara itu, perincian langkah-langkah lain bagi pengurangan karbon akan diumumkan setelah kajian strategi pembangunan jangka panjang rendah karbon dimuktamadkan pada akhir tahun 2022.

Sehubungan itu, Kerajaan telah memberi komitmen untuk tidak lagi membina loji jana kuasa arang batu yang baharu.

Meskipun sedar bahawa langkah itu memerlukan usaha yang bersepadu serta komitmen dan pelaburan hijau yang tinggi, namun Perdana Menteri yakin dengan penglibatan Keluarga Malaysia, aspirasi tersebut bukanlah angan-angan kosong.

Komitmen ini akan memastikan Malaysia seiring dengan usaha negara lain untuk mencapai matlamat global dalam menangani perubahan iklim dan meningkatkan daya saing negara.

Di samping itu, pelaburan hijau akan terus digalakkan, termasuk untuk projek di bawah pendekatan kerjasama awam dan swasta serta GLC.

Pembangunan bandar hijau yang berdaya tahan akan terus dipergiat dan sebanyak 120 bandar disasarkan mencapai status bandar mampan.

Bagi tujuan ini, pelaksanaan inisiatif Pelan Tindakan Bandar Hijau dan sistem analitik data raya pelbagai dimensi akan diperkenalkan.

Kerajaan juga akan memberi keutamaan kepada pembangunan industri pengeluaran kenderaan cekap tenaga (EEV) bagi menyokong inisiatif mobiliti mesra alam.

Bagi memastikan langkah mitigasi dan adaptasi perubahan iklim yang terselaras dan menyeluruh, pelan hala tuju untuk mengurangkan pelepasan GHG dan pelan adaptasi kebangsaan akan diperkenalkan.

Selain itu, inisiatif perolehan hijau Kerajaan akan diperluas ke peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Melalui pelaksanaan inisiatif ini, perolehan hijau Kerajaan disasarkan meningkat kepada 25 peratus pada tahun 2025.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article