- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pembangunan Pertanian di Daerah Lawas Semakin Rancak

Must read

Daerah Lawas terletak di Timur Laut Negeri Sarawak bersempadan dengan Daerah Temburung (Negara Brunei Darussalam) di Selatan Teluk Brunei dan di Utara Bahagian Limbang selain bersempadan dengan Negeri Sabah dan Kalimantan Timur.

Daerah Lawas mempunyai dua Daerah Kecil iaitu Daerah Kecil Trusan dan Daerah Kecil Sundar dengan kawasan seluas 6,973 kilometer persegi dan jumlah penduduk seramai 40,400 orang (Sumber: – Banci Penduduk Tahun 2020).

Pasar Besar Lawas menjadi tempat untuk petani menjual produk pertanian mereka

Daripada jumlah tersebut, seramai 5,327 orang meliputi 167 buah perkampungan adalah merupakan keluarga tani.

Demikian dikatakan oleh Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Jabatan Pertanian Daerah Lawas, Encik Doraup bin Mail ketika ditemu ramah oleh RAKAN Sarawak baru-baru ini.

Penolong Pegawai Pertanian Kanan, DOA Daerah Lawas, Encik Doraup bin Mail

Menurut beliau, terdapat tiga (3) seksyen utama yang menjadi tonggak utama pemacu kepada pembangunan sektor pertanian di Daerah Lawas iaitu Seksyen Tanaman, Seksyen Agromakanan dan Seksyen Perikanan Darat.

Projek Ternakan Ikan dalam Sangkar Zon Industri Akuakultur (ZIA)

Malah, terdapat enam (6) stesen pertanian yang masih aktif di kawasan seliaan DOA Lawas iaitu Stesen Pertanian Merapok, Stesen Pertanian Sundar, Stesen Pertanian Trusan, Stesen Pertanian Long Semadoh, Stesen Pertanian Ba’kelalan dan Stesen Perikanan Darat Punang.

Selain daripada 6 stesen pertanian di atas, DOA Lawas juga mempunyai sebuah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang diketuai oleh Penolong Pegawai Pertanian, Encik Dison Tagal.

PPK Lawas ini telah wujud sejak awal tahun 1970-an bermula di Merapok dan kini, PPK tersebut telah beroperasi sepenuhnya di Daerah Lawas sejak 20 Januari 1981 hingga sekarang.

Pelaksanaan program pembangunan pertanian di Daerah Lawas amnya melibatkan kawasan pengembangan di sekitar Lawas, Merapok, Sundar, Trusan, Lawas Damit atau Long Sukang, Long Semadoh dan Ba’Kelalan.

Semua aktiviti pembangunan pertanian di setiap kawasan melibatkan program pembangunan tanaman, pembangunan akuakultur, pembangunan produk agromakanan dan projek khas seperti Projek Asas Akuakultur (AFF) dan Projek Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA).

Projek tanaman nanas varieti baru di Lawas melibatkan 20 orang peserta dengan peruntukan sebanyak RM250,000 (RMK-12)

Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), DOA Daerah Lawas telah melaksanakan program pembangunan pertanian bernilai RM52, 827, 445.20.

Sementara itu, berdasarkan perancangan pelan pembangunan strategik DOA Lawas bagi RMK-12, dianggarkan sebanyak RM61, 790, 450 diperlukan untuk disalurkan kepada seramai 4, 514 orang petani bagi memacu sektor pembangunan pertanian di Daerah Lawas.

Ketua Penolong Setiausaha, Dr. Gluma Saban (Bahagian Pertanian & Industri Agromakanan) telah mengadakan tinjauan ke CPPC Lawas pada 12 Januari 2022

Dalam perkembangan terbaharu, Encik Doraup memaklumkan bahawa Projek Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) Daerah Lawas yang telah mula dilaksanakan pada 2019 dengan peruntukan sebanyak RM5,000,000 dijangka akan mula beroperasi pada tahun ini (2022).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article