- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

DOA Limbang Akan Laksanakan Lebih 300 Pelbagai Projek Pertanian Dalam RMK-12

Must read

Daerah Limbang dari segi geografinya terletak di tengah-tengah Negara Brunei Darusalam, Wilayah Persekutuan Labuan serta Bahagian Miri di Utara Negeri Sarawak.

Daerah Limbang berkeluasan 3,978.10kilometer (km) persegi  yang merangkumi Daerah Limbang dan Daerah Kecil Ng. Mendamit.

Daerah Limbang mempunyai penduduk berjumlah 56,900 (mengikut bancian tahun 2020) yang terdiri daripada  etnik Melayu, Kedayan, Cina, Iban, Bisaya, Lun Bawang, Kelabit, Tabun dan beberapa etnik lain.

Kebanyakan penduduk di daerah ini terlibat dalam bidang pertanian, penternakan dan juga perniagaan.

Sektor pertanian di Daerah Limbang semakin membangun antaranya dengan pelaksanaan projek pertanian, pembangunan infrastruktur ladang serta pendedahan kepada teknologi-teknologi pertanian.

Peranan Jabatan Pertanian Daerah Limbang kepada petani-petani adalah dari aspek memberi khidmat pengembangan serta bantuan projek pertanian.

Selain itu, Jabatan Pertanian Daerah Limbang turut memberi pendedahan teknologi-teknologi moden bagi meningkatkan produktiviti dan produk bermutu kepada petani.

Perkara ini dinyatakan oleh Penolong Pegawai Pertanian (AAO) Encik Christopher Dawat Nur semasa memberikan taklimat ringkas kepada RAKAN Sarawak yang telah mengadakan lawatan ke Jabatan Pertanian Daerah Limbang baru-baru ini.

Penolong Pegawai Pertanian (AAO) Encik Christopher Dawat Nur

Beliau memberitahu, terdapat sembilan kawasan pengembangan pembangunan pertanian di Daerah Limbang membabitkan 153 buah rumah panjang dan 4,394 keluarga tani.

Jadual di bawah menunjukkan secara ringkas kawasan pengembangan aktiviti pertanian dan bilangan keluarga tani mengikut rumah panjang.

Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), sejumlah RM28,697,931.66 peruntukan telah diterima untuk melaksanakan sepuluh (10) projek pembangunan pertanian di Limbang.

Jumlah peruntukan dibahagikan kepada Projek Tanaman (RM2,772,737); Agro Makanan (RM179,988); Perikanan Darat (RM212, 626); Skim Baja Padi (RM7,605,682.25); Projek Pembangunan Getah (RM1,922,862.14);

Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) di Limbang kini sedang dalam proses penyiapan
Penolong Pegawai Pertanian (AAO) Encik Christopher Dawat Nur

Projek Jalan Ladang (RM1,981,710); Ladang Kontrak (RM8,391.40); Tanaman Nanas Keningau Diamond NRDA (RM250,000); Peruntukan Fasilitasi Pertanian (AFF 2019) sebanyak RM5,782,676.47; dan Peruntukan Fasilitasi Pertanian (AFF 2020) berjumlah RM4,981,660.

Dalam pelan pembangunan pertanian pada Rancangan Malaysia Keduabelas (RMK-12), Jabatan Pertanian Limbang komited untuk melaksanakan 305 projek yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM39,454,000.

Projek pengairan dan saliran yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran di kawasan penanaman nanas Keningau Diamond

Program pembangunan dibahagikan kepada 14 kategori iaitu Program Industri Buah-Buahan; Program Pemulihan Dusun; Tanaman Pisang; Tanaman Nanas; Tanaman Kelapa; Tanaman Kontan; Tanaman Sayur; Ternakan Kelulut; Kelapa Sawit; Tanaman Baru Getah; Perikanan darat; Agromakanan; Kebuniti; dan Precision Farming Tabahan.

Jadual di bawah menerangkan secara ringkas tentang jenis-jenis program, jumlah projek yang akan dilaksanakan dalam RMK-12 berserta anggaran kos untuk setiap projek.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article