- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Projek Naik Taraf Prasarana Berikan Keselesaan dan Keselamatan kepada Penduduk

Must read

Kerajaan Sarawak sentiasa mengambil berat terhadap keselesaan dan keselamatan penduduk khasnya kawasan luar bandar antaranya melalui peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP 2021)

Tinjauan RAKAN Sarawak bersama dengan Jabatan Kerja Raya Sarikei ke Rumah Nyandang Sungai Rayah, Jalan KJD mendapati salah satu projek RTP (projek naik taraf prasarana rumah) antara 12 projek di bawah DUN Meradong tahun lepas (2021) sememangnya ditunggu dan dinantikan penduduk di rumah Panjang tersebut.

Menurut Tuai Rumah, Nyandang ak Badin rumah mereka telah hampir 18 tahun, pendawaian tidak pernah ditukar dan sudah pasti ini akan mengancam nyawa 27 pintu dan keselamatan 198 orang penduduk di rumah ini.

Tuai Rumah, Nyandang ak Badin

Beliau bersyukur kerana permohonan mereka pada tahun 2018, telah mendapat perhatian daripada wakil rakyat dan dipilih di bawah projek RTP 2021.

Projek yang bernilai RM90,000 tersebut kini dalam pelaksanaan dan mengambil masa sebulan setengah untuk disiapkan melibatkan penggantian pendawaian baharu, meter utama, selain itu pemasangan lampu dan kipas baharu di bahagian ruai rumah Panjang.

Kerja-kerja pemasangan sedang dilaksanakan dan dijangka siap tidak lama lagi

Selain di bahagian ruai rumah, penggantian tersebut juga melibatkan pemasangan suis utama dalam rumah, memasang meter baharu (bagi yang belum ada meter) dan penggantian meter lama.

Jelasnya, sebelum ini mereka menggunakan set jana kuasa disebabkan rumah panjang mereka agak jauh daripada jangkauan bekalan elektrik.

Skop kerja-kerja menaiktaraf termasuklah memasang kipas di Bahagian ruai rumah
Kerja-kerja pendawaian termasuklah memasang lampu

Cuma sejak projek Lebuh Raya Pan Borneo-Sarikei-Julau dibina terdapat laluan bekalan elektrik yang memungkinkan sambungan bekalan elektrik disambung ke rumah panjang mereka.

Kini, mereka tidak lagi risau dan sekurang-kurang rumah selamat setelah pendawaian baharu dilaksanakan lebih-lebih lagi rumah panjang mereka berusia 31 tahun dan masih mengekalkan pembinaan kayu dan sebahagian simen (bahagian bawah)

Rumah Nyandang Sungai Rayah masih mengekalkan binaan kayu sebelah atasnya berusia lebih 31 tahun
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article