- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Aduan Menerusi Aplikasi e-Aduan

Must read

Aplikasi mobile e-Aduan yang dibangunkan oleh Syarikat Ambang Wira Sdn Bhd adalah satu model maklum balas pelanggan atau pengguna yang membolehkan mereka menyalurkan aduan menggunakan telefon pintar masing-masing.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh membuat aduan kerosakan bangunan untuk membolehkan Ambang Wira mengambil tindakan dengan segera.

Setelah aduan dibuat, pengguna atau pengadu akan menerima status aduan dari semasa ke semasa sehingga pembaikan atau isu yang diadukan sudah diselesaikan.

Perkara ini dijelaskan oleh Setiausaha Persekutuan Sarawak YBhg Dato’ Amir bin Omar ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Pelancaran Pelaksanaan Aplikasi Mobile e-Aduan di Bangunan Sultan Iskandar pada 22 Februari 2022.

Sebelum itu, beliau telah dimaklumkan bahawa sesi taklimat dan demo penggunaan aplikasi kepada kumpulan Jawatankuasa Penyelaras Penyelenggaraan Bangunan Kompleks Persekutuan Kuching, Ketua-Ketua dan wakil-wakil jabatan serta pengguna-pengguna yang terlibat telah diadakan.

Demo aplikasi Mobile e-Aduan kepada Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak, Encik Banges Munga

Oleh itu, beliau berharap dengan adanya penerangan mengenai penggunaan Aplikasi Mobile e-Aduan itu, ia akan dapat difahami, diguna pakai dan seterusnya pengurusan aduan kerosakan akan dapat ditangani dengan lebih baik.

Hal ini kerana menurut beliau, semuanya dapat diurus di hujung jari seiring dengan perkembangan dan kehendak semasa perkhidmatan pelanggan dan Revolusi Perindustrian (IR4.0).

Terdahulu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Ambang Wira Sdn Bhd, Puan Rozita binti Ramli telah menjelaskan bahawa sistem aduan secara digital ini merupakan alternatif kepada sistem aduan secara konvensional atau manual melalui panggilan telefon atau komunikasi verbal.

Beliau memaklumkan bahawa Aplikasi e-Aduan tersebut akan digunakan secara meluas di 20 bangunan guna sama di Zon Sarawak dan lapan (8) bangunan guna sama di Zon Selatan di mana ianya akan memberi manfaat kepada lebih kurang 9,000 penghuni bangunan.

Sesi bertanya soalan selepas selesai taklimat dan demo aplikasi Mobile e-Aduan

Jelas beliau, aduan dari penghuni bangunan dan pengunjung akan dipantau dengan lebih berkesan secara digital kerana aplikasi ini membenarkan penghuni dan pengunjung menghantar laporan bergambar kepada Ambang Wira bagi membolehkan maklum balas diberikan secara lebih responsif.

Melalui aplikasi ini, setiap aduan akan dipantau secara telus dan pengadu akan dimaklumkan status aduan masing-masing.

Tindakan ini secara tidak langsung turut menyumbang kepada ketelusan dalam menyampaikan maklumat kepada penghuni bangunan dan pengunjung.

Dengan pelaksanaan aplikasi e-Aduan ini, beliau berharap ia akan dapat memberikan satu pengalaman baharu di samping ia merupakan satu usaha Ambang Wira untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan juga penghuni bangunan.

Aplikasi ini diharap akan dapat memberi manfaat dari segi penyampaian perkhidmatan penyenggaraan kepada penghuni bangunan dan pengunjung secara lebih efisien dan efektif.

Bagi pengguna IOS, aplikasi ini boleh dimuat turun dari Apps Store manakala bagi pengguna Android, aplikasi ini boleh dimuat turun dari Play Store.

Aplikasi mobile e-Aduan yang dibangunkan oleh Syarikat Ambang Wira Sdn Bhd telah dilancarkan pada 22 Februari 2022
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article