- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Balai Bomba Bintangor Baharu Tingkatkan Kecekapan Operasi

Must read

Bangunan baharu Balai Bomba Bintangor yang siap sepenuhnya pada tahun lepas (Mei 2021) dan telah pun dirasmikan pada 10 April 2021 sudah pasti dapat meningkatkan kecekapan operasi dan pada masa yang sama meningkatkan keselesaan kepada kakitangan bomba.

Begitulah harapan daripada Ketua Balai Bomba Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Encik Nicholas Birulin ketika ditemu bual RAKAN Sarawak semasa tinjauan kami bersama JKR Sarikei baru-baru ini.

Ketua Balai Bomba Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Encik Nicholas Birulin

Menurut Encik Nicholas, paling penting dari segi keselesaan anggota di sini kerana ada ruangan ada khas tempat berehat, berkumpul mesyuarat, balai bomba ini juga sesuai untuk mengadakan latihan kerana tempat yang luas dan daripada segi operasi boleh memastikan perancangan operasi menjadi lebih lancar

Balai Bomba Bintangor yang baharu telah pun siap dan telah pun beroperasi pada Mei tahun lalu (2021) yang merupakan sebahagian daripada projek RMK-11

Ini penting kerana, liputan perkhidmatan bomba merangkumi kawasan yang agak luas melibatkan daerah Pakan, Meradong dan Julau

Perkembangan ini sudah semestinya meningkatkan semangat dan komitmen kakitangan bomba yang kini mempunyai 29 orang, (15 bantuan 14 ahli tetap)

Menurut Encik Nicholas, balai bomba lama terlalu usang (dibina sebelum tahun 1980-an) dan terpaksa berhimpit dan struktur bangunan tidak selamat yang juga merupakan rumah kedai lama (milik Majlis Daerah Meradong)

Balai Bomba Bintangor yang lama menyewa di bangunan Majlis Daerah Meradong yang telah diubahsuai. Sudah wujud sebelum tahun 1980-an

Jelas beliau, balai bomba baharu memiliki menara dan boleh mengadakan latihan senario Latihan menyelamat, di samping lengkap dengan bilik tunggu sedia (standby) lelaki dan perempuan.

Selain itu, balai bomba baharu turut mempunyai empat (4) unit kuarters, bilik mesyuarat, kawalan, ruang jentera dan padang kawat.

Sepuluh projek (10 projek ) telah diluluskan di Daerah Meradong bernilai RM2.9 bilion, salah satu daripada projek tersebut ialah Cadangan Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Dengan Kuarters, Bintangor Sarikei di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article