- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

JKR Sarikei Tidak Lupa Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) Kepada Masyarakat

Must read

JKR Sarikei sebagai sebuah agensi pelaksana, walaupun sibuk dengan kerja-kerja melaksanakan projek pembangunan tidak pernah lupa melaksanakan Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) kepada Masyarakat sekitar Bahagian Sarikei.

Sepanjang dua (2) tahun kebelakangan ini, JKR Sarikei berjaya melaksanakan program CSRnya.

Pada penghujung tahun lepas (9 Disember 2021), JKR Sarikei yang diterajui oleh Jurutera Bahagian JKR Sarikei, En. Toh Chee Leong telah menjayakan misi program CSR JKR Bahagian Sarikei 2021.

Antara pengisian program tersebut ialah penyerahan tikar getah kepada Taski ABIM Sarikei dan kerja pengecatan dinding tanah perkuburan Sarikei telah disempurnakan dengan jayanya.

Misi Program CSR JKR Sarikei antaranya penyerahan tikar getah kepada Taski ABIM

Program tersebut turut dihadiri oleh Ir. Richard ak Tajan Timbalan Pengarah (Pengurusan Aset) serta Ir. Awang Mohd. Fadillah bin Awang Redzuan Penolong Pengarah (Aset Jalan dan Kejuruteraan Sivil)

Beberapa organisasi lain turut menyertai program ini antaranya PPES Works Sdn. Bhd dengan tetamu kehormat adalah CEO PPES Works, Puan Rozita binti Mohd Ibrahim, Jurutera Bahagian JKR Sibu, Ir. John Wong Toh Koo , Jurutera Bahagian JKR Kapit, Ir. Bujang ak Kanang, wakil dari JKR Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian.

Beberapa organisasi lain turut menyertai program CSR JKR Sarikei antaranya PPES Works, JKR Sibu, Kapit, Kuching, Samarahan dan Serian

Manakala pada 18 Julai 2020, program CSR dan gotong-royong membersih Surau Daerah Pakan telah diadakan yang dihadiri oleh YB Tan Sri William Mawan Ak Ikom, wakil rakyat N47 Pakan.

Program CSR dan gotong -royong membersih Surau Daerah Pakan ini turut dihadiri YB Tan Sri William Mawan Ak Ikom, wakil rakyat N47 Pakan

Program CSR yang julung kali diadakan pada tahun tersebut telah disertai oleh ahli Kelab SOKANJAYA, PKIJ, Rakan JKR, Pasukan RELA Daerah Pakan, PPES Works Sdn. Bhd Cawangan Sarikei, Jabatan Agama Islam Bahagian Sarikei dan Pejabat Daerah Pakan.

Organisasi yang terlibat dalam Program CSR dan Gotong Royong Membersihkan Surau Daerah Pakan

Kerja-kerja pembersihan dan pembaikan Surau dan pengecatan ke atas Blok Wuduk juga dilaksanakan. PKIJ Bahagian Sarikei turut mewakafkan sejadah, Al-Quran, tasbih, Buku Yasin dan Buku Ilmiah kepada Surau Daerah Pakan.

Aktiviti mengecat turut diadakan pada program CSR tersebut
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article